Halaman

Ahad, 21 Ogos 2011

Cuti

Cuti aku memang banyak habisnya kerana mereka berdua. Samada atas urusan kesihatan ibu_suri atau masalah disiplin Akhmal. Bila rakan-rakan bertanya; Raya ni ambil cuti berapa hari? Aku hanya boleh menjawap; cukuplah dengan cuti umum yang ada.

Tapi bagi kawan ofisku pula bila aku bertanya tentang cuti Rayanya, dia menjawap; aku mana ada cuti. Minus lagi... ya... Asyik sakit aje...

Allah memang Maha Kaya. Mengatur sesuatu itu dengan kemampuan dan kesesuaian hambanya. Walaupun aku merasakan ujianNya pahit tetapi pahit itulah ubat yang mujarab untuk aku mencanai keinsafanku dan membuat penjajaran diri.

Buat masa ini aku masih sihat. Cumanya disibukkan dengan mengurus isteri dan anakku yang mempunyai masalah tersendiri. Sedangkan kawanku tadi sepanjang hidupnya yang masih ada terpaksa berjuang dengan diabetis. Mujur isterinya sihat dan mampu menguruskan dirinya.

Biarlah orang cuti seminggu direct Raya ini. Seharusnya aku bersyukur dengan cuti umum yang sedia ada!  Hidup ini sebenarnya tak lama. Beberapa bulan lagi akan jenguklah 1433H. Dan usia kita bertambah lagi bilangannya!

Maaf! Sebenarnya kematian itu yang semakin mengurang jaraknya untuk kita bercuti panjang!

15 ulasan:

Ros Illiyyuun berkata...

Assalamualaikum...

...kita semua akan bercuti panjang bila sampai masanya nanti...bercuti dari kehidupan dunia. Kehidupan di sana belum tentu pula...

Citarasa Rinduan berkata...

sentiasa menantikan entry IM yang penuh pengajaran dan keinsafan...

iBu...gUru berkata...

salam ramadahan ............selagi ada hayat kita akan sentiasa menjalankan tugas2 kita dan tiada istilah cuti ...... terutama dari hamba kepada pencipta NYA

Ann Huda (Ate) berkata...

Cuti? Hanya setelah kita di panggil Dia...Tapi apakah kita benar2 dapat beristirehat ketika itu? Dengan amal yg kita laksanakan dan dosa yg kita lakukan...adakah kita benar2 akan memperolehi cuti di alam sana? (Pertanyaan buat diri sendiri (Ate) yg sering lupa)

NUR berkata...

betul kak ayu.. samala kita.. menungu2.. tq IM

insan_marhaen berkata...

ros,
ya.. bercuti panjang untuk penghijraan ke dunia yang lebih abadi.

CR,
memang begitu harapan IM terhadap apa yang ditulis. muga menjadi pengajaran bersama.

ibu_gur,
kalau dilihat dari sudut ibadah memang tidak ada istilah cuti selagi ada nafas!

ate,
peringatan buat IM juga. tkasih!

Mario berkata...

sama le kita...cuti yg ada je...takde tambahan2...

aku HIV positif berkata...

subhanallah...
menginsafkan dan membuat saya berfikir bahawa jika saya diuji, ada lagi insan lain yang lebih teruji.

KELI OH KELI berkata...

insaf dengan entry IM...terima kasih kerana mengingatkan...

insan_marhaen berkata...

mario,
cuti yang ada ni pun panjang bro. kalau nak ziarah menziarahi, lebbih dari cukup.

AHP,
memang kalau senang ada lagi yang lebih. jika susah ada yang lebih susah.

cuma cara kita berfikir kena ubah.

keli oh keli,
berbesar hati jika tulisan ini bisa mengingatkan kepada yang membaca.

hani@debumelukut berkata...

Alhamdullilah, semoga kesihatan yg baik berpanjangan buat IM. Tuhan itu adil. pasti begitu.

Kunang-Kunang berkata...

Assalamualaikum IM,

Tak aperlah sememangnya cuti tu sepatutnya digunakan untuk keperluan2 mendesak terutama untuk keluarga. Besar pahalanya.

Kak ani dulu pun masa bekerja, semasa mak masih ada dan anak-anak masih kecil jarang dapat simpan cuti untuk ditukarkan dengan 'cash' bila bersara. Cuti sentiasa cukup2 saja setiap tahun.

Bila anak2 dah besar baru dapat kumpul sikit2 cuti untuk ditukarkan dengan 'cash' bila bersara. Tapi tak aperlah, sekurang2nya cuti tu digunakan untuk keperluan.

sahromnasrudin berkata...

sy amek cuti panjang..nak bersama kedua ibubapa coz masing2 duk jauh..sesekali je leh jumpa huhuhuhhh

NzA berkata...

setiap org diuji..abah sy pn diuji dgn keadaan mama sy yg lumpuh setelah kluar dr ICU..ttp dia setabah IM juga...trpaksa lakukan segala urusan rumah tangga disamping tugasnya sbagai penceramah bebas.....

ummu berkata...

assalamualaikum Insan Marhaen
mashaAllah,salam ketabahan dan salaam ramadhan buat IM.

suami saya pun cakap, cukuplah cuti raya yang ada.sebab,kata suami,dia lebih utamakan cuti untuk saya,ke hospital dan urusan anak kecil kami.

memang letih dan penat menguruskan orang sakit.keletihan itu,hanya Allah yang maha tahu.

setiap kali suami tidur dan saya tatapi wajahnya, saya berasa sayu,betapa dia letih walau tak pernah melafazkan,menguruskan isteri yang sakit, anak yang bayi dan anak yang besar.

namun seperti apa yang saudara katkan,Allah memang Maha Kaya. Mengatur sesuatu itu dengan kemampuan dan kesesuaian hambanya.

Sesungguhnya, kasih sayang Allah itu sangat luas. ujian dan tribulasi adalah cintaNya buat hamabNya.