Halaman

Ahad, 2 Oktober 2011

Doa Ini, Jika Ikhlas ...

Semasa aku dalam perjalanan balik ke kampung Khamis lalu, ibu_suri memberi amaran kepada aku supaya bila pergi ke Slim River nanti, tidak ada siapa dari adik-adikku yang menumpang kereta kami. Dia lebih senang berkereta berdua dengan aku sahaja. Aku hanya mengangguk. Hendak menidakkan pun rasanya ini bukan masa yang terbaik.

Tiba di kampung jam 4 pagi. Terus membentang toto dan tidur. Bila jam berbunyi sekitar 6.45 pagi, aku terus ambil wudhuk dan solat di atas rumah. Sambil itu aku sempat mendengar mak menalipon adik perempuan aku, Matun, yang tinggal di Lahat.

"Kamu nak pergi ke, Matun? Yop ada balik ni. Boleh le tumpang dia. Ada 2 tempat duduk kosong," tanpa sedikit pun berbincang dengan aku.

Aduh... Berdetak jantung aku dibuatnya. Aku terus membentang sejadah dan tunaikan Subuh. Di sujud terakhir aku berdoa panjang muga-muga Tuhan berikan aku jalan penyelesaian terbaik antara kehendak ibu_suri dan kehendak mak. Aku benar-benar tersepit. Tidak mahu menghampakan kedua-duanya. Tapi tidak mampu pula menolak salah satu darinya. Di luah mati mak, di telan mati bapa nih!

Termenung aku memikirkannya. Manakah yang lebih ringan mudharatnya? Tolak permintaan mak atau menidakkan kehendak ibu_suri yang separa normal ini? Umpama menarik rambut dari tepung. Rambut jangan putus. Tepung jangan tumpah.

Sewaktu mengemas kereta dan memasukkan beg utnuk bertolak ke Slim River, jam 8 pagi; tiba-tiba adik perempuanku, Niza datang.

"Yop naik kereta Ja ler... Ja tak berani naik sorang-sorang. Fobia masa eksiden hari tu tak habis lagi ni. Kalau Yop ada teman Ja, ok sikit le Ja bawa kereta. Yong sekali lerr.. Kita naik 4 orang dengan Matun."

Hah, Tuhan seperti menghantar satu peluang yang baik. Aku memujuk ibu_suri agar menumpang kereta Niza dengan alasan menemani dia, jimat petrol dan tol serta aku dapat berihat sebab kepala pun masih sakit.

Aku selalu percaya bahawa Tuhan memang tidak akan menyiakan doa orang yang ikhlas. Kalian juga mesti percaya!

12 ulasan:

kakcik berkata...

Alhamdulillah, Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Mendengar.

Abd Razak berkata...

Assalamualaikum...

Tiada daya dan upayanya melainkan pertolongan dari~Nya..

aku HIV positif berkata...

alhamdulillah dan t kasih.
byk pkara yg boleh direnungkan.

FaAtip berkata...

Seronok pulak saya baca kisah ni...hehehe. Boleh saya bayangkan betapa legaaaanya IM masa tu, kan? Allah Maha Mengetahui kehendak hambaNya.

insan_marhaen berkata...

kakcik,
Ya.. Allah itu Maha Mendengar lebih-lebih lagi pada yang ikhlas.

Abd Razak,
Justeru itu pergantungan terakhir hanyalah kepadaNya.

AHP,
Itulah juga antara harapan IM bila menulis kisah hidup benar IM ini. Muga menjadi iktibar dan motivasi kepada yang membaca dan kemudiannya berfikir untuk dirinya.

FaAtip,
Lama tak temui komen di blog IM. Senang hati kerana masih ingat IM.

LadyBird berkata...

Alhamdulillah.. Allah memberi jalan di saat2 kita membutuhkannya.. :)..

hani@debumelukut berkata...

yup, sentiasa percaya.

Adinda Amy Sensei berkata...

salam IM...apa khabar...moga baik-baik saja...

insan_marhaen berkata...

LadyBird,
Ya.. IM selalu percaya akan pertolongan di saat kita memerlukan.

Hani,
Semestinya begitu. Cuma kita pula, sejauhmana bersyukur atas nikmatNya itu?

Amy,
Ntahlah.. Agaknya IM kena amal makan supplement!

NzA berkata...

Allah sntiasa mendengar doa2 yang ikhlas....

abu muaz berkata...

doa adalah senjata orang mukmin

zul permatang badak berkata...

susun kata penuh dengan tanda tanya.........harapan untuk anak2......melakukan yg terbaik.....