Foto ihsan dari sini |
Sesuatu yang bagusnya tentang sikap ibu_suri ialah - dia mudah mengucapkan terima kasih. Aku sendiripun susah untuk bersikap sedemikian. Apatah lagi kepada yang bernama ISTERI!
Selalunya, pagi hujung minggulah aku punya banyak masa lapang untuk mengadap pc. Masaalah isomea menyebabkan ibu_suri cuma mengantuk dan tidur ketika hampir masuk waktu Subuh. Jadinya, selepas aku selesai solat Subuh, jika tidak ke Tasik Mengkuang untuk riadah fizikal, aku 'riadah' minda depan pc je.
Tapi, pagi ini baru jam 10, ibu_suri tersembul di sisi aku.
" Abang tak masak hari ni? Kalau masak, abang buat errr... ayam masak kicap, boleh?"
"Mana abang reti..." cuba untuk berdalih.
"I tunjuk la nanti cara-caranya."
Tersentutlah cita-cita aku untuk buat entri baru awal pagi tadi seperti selalunya. Aku pun ke kedai membeli bahan-bahan. Kebetulan Angah ada di rumah hari ini. Mungkin kali ini, masak sendiri lebih menjimatkan kos.
Lagipun, memakan dari masakan air tangan ibubapa sendiri itu lebih baik dalam membantu pembentukan emosi dan rohani anak dari memakan lauk yang dibeli; yang kita tidak tahu latar belakang si tukang masak. Sama juga halnya dengan bayi kita yang meminum susu ibu lebih baik dari minum susu formula. Agaknya, salah satu punca keruntuhan moral anak-anak masakini ialah kurangnya sentuhan nurani ibu terutama dalam bab makanan!
"Terima kasih bang sebab masak untuk I. Sedappppp....." sambil tangannya menunjukkan simbol 'good'. "Minggu depan you masak rendang pulak, ya... Dapat gaji dah, kan....."
"Haaa........!!!"
18 ulasan:
di sekolah sekarang budak2 pun susah nak berterima kasih kepada guru apatah lagi kepada org lain..selalu ditegur
:)
kasih suami...
Saya selalu tanya kat anak-anak & anak-anak murid lepas kita bagi sesuatu : Cakap apa? Then baru diorang laju je jawab : Terima kasih. semoga perkataan keramat tu dapat dibiasakan..
imanshah,
guru itu sendiri, selalu ke berterima kasih kepada murid?
norh,
tanggungjawap sebenarnya!
aida ali,
sebenarnya ia lahir dari hati. kalau dipaksa, hambar...
Semoga ibu-suri terus gembira dan tahu betapa IM sangat sayang padanya dan anak-anak. :)
Assalamualaikum. "Terima kasih" sangat mahal harganya di kalangan masyarakat kita sehingga amat berjimat orang menggunakannya. Para 'cashiers' kita patut pemurah mengucapkan "terima kasih" kepada pelanggan, tapi rata-rata tidak!
Bila ibu_suri kata sedap, mestilah sedap masak kicap IM tu. Tahniah! Saya suka ayamnya digoreng dulu + kicap terpekat + lebih bunga lawang & kayu manisnya.
minggu depan masak rendang ye IM..heheh..
kakcik,
memang apa yang IM buat adalah untuk kegembiraannya. dia gembira, IM senang mengurus yang lainnnya.
Temuk,
Resipi IM tak ada bunga lawang tapi lebih halia. baik untuk buang angin dalam badan, kata ibu_suri.
bapak,
IM cuba nak elak. masak rendang ni renyah.
sebuah perkongsian pengalaman yang sangat indah untuk direnungi. t kasih.
syukur dan betuahnya ibu suri ada suami sebaik IM
JH tak pandai masak dan tak pandai rasa. Semuanya rasa sedap belaka.
AHP,
sebenarnya, apa yang ditulis jika berdasaarkan dari keikhlasan pasti memberi impak kepada pembaca.
CR,
syukur juga kerana IM diberi kesihatan yang baik untuk terus menjaga beliau.
hrusli61,
IM pun gitu juga. semua yang ibu_suri masak IM akan kata SEDAPPP..... belaka!
kalau dah sayang apa pun boleh
lepas masak rendang masak kari ayam yer~..
seronoknye.. nak sikit pls... :D
Bagusnya pandai masak.. beruntung ibu suri dan anak2. kena maintain prestasi ni utk rendang lak.
seronok lah baca lisah IM dgn isteri ni..loving sungguh.
sud@is,
hik..hik..!
ladybird,
IM sebenarnya malas nak masak dah. bukannya pandai sangat!
ekmi rabat,
berkat asuhan mak dari kecil sebab IM anak sulong. kena jaga adik-adik seramai 7 orang.
hani,
loving tu loving juga. kekadang hangin satu badan.. tapi tak siapa dapat IM lampiaskan.
saja nak tanya, betul ke IM suami isteri hanya membahasakan diri I dan you bukan panggilan abang
Catat Ulasan