Rabu, 9 November 2011

Baru Setuju Nak Makan Oat

Foto ihsan di sini
Bermula pagi ini ibu_suri bersetuju mengamalkan pemakanan Oat sebagai sarapan sebelum mengambil ubat hariannya. Bukan mudah memujuk ibu_suri untuk ini yang katanya tak sedap sehinggalah bila dia sendiri melihat jarum timbang mencanak naik melepasi paras berat badan selalunya beberapa hari lalu.

Sekadar mengharapkan ibu_suri bersenam dan menjaga makan tak menjadi sebenarnya. Manalah berkesannya kalau setakat berjalan beberapa meter atau menggerakkan badan ke kiri kanan. Hendak berjogging hingga berpeluh lebih banyak mudarat dari manafaat kepada sendi dan otot ibu_suri. Jauh sekali menyuruh dia mengawal pemakanan kerana ibu_suri jatuh ke dalam kategori bernafsu makan jika dalam keadaan susah hati.

Disamping kuharap fungsi oat yang boleh menyerap lemak yang terkumpul dalam badan, kandungan seratnya yang tinggi juga akan mengatasi masalah susah buang air besar. Kesian melihat ibu_suri yang terpaksa lama berada di bilik air kerana masaalah ini. Hingga menyebabkan aku terpaksa membantunya yang takkan ada orang lain yang sanggup hatta anak aku sekalipun.

Hasrat aku untuk memberi ibu_suri meminum susu kambing Hi-Goat sebelum ini masih terbantut. Otak aku masih berkisar dalam keraguan atas 2 kerana;

  1. Harga sekotak Hi-Goat > RM30 bagi aku agak mahal jika mahu konsisten mengamalkannya.
  2. Tidak berapa pasti bagi yang mempunyai masalah kesihatan kompleks seperti ibu_suri akan kesan negatif yang mungkin dialami dalam jangka masa panjang.
Aku dapat tahu, oat baik jika di makan 2 kali sehari. Perkara kedua yang perlu aku buat ialah menukar susu yang dia suka sekarang ini kepada susu rendah lemak. Itupun khabarnya, harga boleh tahan….

14 ulasan:

Ibu n Abah berkata...

IM..

Makanan sihat mmg kurang enak..
Itu yg akak makan jer tanpa berpantang...
Tp demi kesihatan... Terpaksa tabahkan juga..kan?

kakcik berkata...

Assalamu'alaikum IM...

semoga ibu_suri akan serasi dengan oat itu. InsyaAllah.

Anonymous one berkata...

Assalamualaikom pak cik IM hehe best saya mendengar.

Susu skim ( susu skim kurang 1 peratus lemaknya) juga mahal harganya sekitar 750 gram harga rm 17 ringgit. Jenama yang terkenal adalah susu skim sunlac.. tapi saya dengar susu skim tesco lagi murah sekitar rm 14 tapi tesco ni ada yang beli ada yang tak atas faktor boikot hehe.

Susu rendah lemak yang bukan susu skim harganya sama sahaja dengan susu lain..saya rasa wallahualam. Susu skim ni rasa dia berlemak kalau bancuh sikit pun dah cukup...

Satu lagi fakta tentang makan serat.. ialah kena lebih minum air.. barulah pencernaan elok.. kalau tak nnti dia akan angin dan sush berak gak pak cik IM. jadi kena bagi ibu suri minum air banyak dr biasa.

Bapak berkata...

Bapak x pernah berjaya makan oat...

insan_marhaen berkata...

ibu n abah,
ye lah... penawar selalunya pahit atau hambar.

kak cik,
untuk memotivasikannya, IM juga ikut makan sama.

anonymous,
tkasih kerana berkongsi info. nampaknya, awak ni bukan sembarangan juga ya!

bapak,
ha..ha.. nanti bila terpaksa makan, akan terpaksa berjaya juga.

Kakzakie berkata...

Kena berbagaikan menu oat itu IM agar ibu_suri tak jemu. Kesian juga kalau sama saja...

hrusli61 berkata...

Kena juga tengok orang sebelah rumah. Kita makan oat, depa makan empeng beras aje :-)

hani@debumelukut berkata...

berdiet stail kak hani paling senang. makan oats tak miss tapi lepas makan oats makan nasi dagang ke, nasi lemak ke..

insan_marhaen berkata...

kak zakie,
insyaAllah, IM akan selang seli dengan Radix bijirin.

hrusli61,
orang sebelah rumah makan laksa dan maruku. tak dengar lagi dia makan empeng kecuali suka-suka.

hani,
bila nak kurusnya kalau gitu...

NzA berkata...

baguslah kalau ibu suri dah mula termakan pujukan IM...

Pemakanan kesihatan memang mahal IM..Ibu saya amalkan makan jus Pamoga...3 botol pengambilan, Alhamdulillah matanya yang 8 tahun rabun dah hampir pulih w.pun tak sepenuhnya, penyakit kronik seperti jantung, kencing manis, gout, buah pinggang dah terkawal.....syukur pada Allah.....tetapi semua itu bergantung pada sistem badan seseorang juga.

MulutPayau berkata...

makan oat memang bagus utk kesihatan....Baguslah kalau ibu_suri mahu makan....saya masih tak dapat makan oat...tak tertelan...

Temuk berkata...

As-salam.
Isteri saya diabetik. Dah tak mahu tukarganti oats dgn makanan lain utk sarapan pagi. Selalunya dicampur beberapa biji kismis & dibancuh dgn air panas saja. Kalau guna susu, kami pakai UHT yg rendah lemak. Insya-Allah, diabetis & berat badannya terkawal baik. Semoga ibu_suri serasi dgn oats yg mula dicubanya itu.

LadyBird berkata...

pakcik.. seksa kan apabila keperluan ubat ubatan itu tak dpt dipenuhi disebbakan kekangan kewangan.. :(

lady pernah merasainya.. pakcik im.. mcmn kalau kite ikut pemakanan kesihatan yg diamalkan oleh Rasulullah.. kurma, habbatus sauda, susu kambing, delima..

mama maman berkata...

salam im.. selamat hari raya :)

bagus jugak ibu suri dah nak terai maka oat... sy pun ambik jugak oat... utk kesihatan kena la usaha lebih sikit kan..:) selain tu sy ambik susu anlene.. utk tulang..