Isnin, 21 November 2011

Katak Itulah Aku!

Senang pabila melihat matahari pagi
Ada seekor katak. Warnanya hijau. Terlompat-lompat mencari tempat berteduh. Hujan yang lebat membuatnya kesejukan yang teramat.

Ada sehelai daun. Semuat dia berlindung. Agak jauh darinya. Terlompat-lompat lagi dia di celah banir dan pokok renek. Tercungap-cungap juga dia. Akhirnya sampai juga.

Itupun bila angin bertiup, tempias juga dia. Ketar lagi tubuhnya. Tidak mengapa kerana dia tahu hujan tidak akan turun selamanya. Sebentar lagi akan cerahlah langit. Akan keluarlah sinar matahari. Akan keringlah air lopak di bumi.

Hanya ia perlu berhati-hati. Berdoa agar tiada ular yang terserempak mencari rezeki.

Katak itu sebenarnya Aku. Yang sedang mengembara di bumi Tuhan yang fana ini!

10 ulasan:

kakcik berkata...

'dia' dan kita adalah sama, bezanya kita terikat dengan aturan yang dicipta manusia hingga kadangkala mengenepikan ketentuan Yang Esa. :(

hrusli61 berkata...

Jangan pula kita menjadi macam kisah bangau oh bangau cukuplah.

NzA berkata...

kita semua makhluk Allah yang sentiasa terancam dan diancam.....

Kakzakie berkata...

Kalau itu perumpamaannya maka kakak pun sama juga IM...

zul permatang badak berkata...

mmmmmm......jauh menungan tu.....

insan_marhaen berkata...

kakcik,
itu yang menentukan sejauhmana kuatnya iman kita.

hrusli61(JH),
selalunya kalau si optimis itu lebih suka melihat ke dalam diri berbanding si pesimis.

nza,
itu perlunya penggantungan yang kuat terhadap Allah.

kak zakie,
sebenarnya makhluk Tuhan pada dasarnya sama keperluannya.

zul,
pemuisi memang suka merenung jauh.

abu muaz berkata...

mengembara dan akan pulang bila tiba waktunya nanti

LadyBird berkata...

katak pun x mengeluh.. dia tahu.. hujan tidak akan selamanya.. langit yang mendung pasti akan cerah jua akhirnya.. InsyaAllah..

insan_marhaen berkata...

abu muadz,
ya.. akhirnya kita akan pulang ke pangkuan Tuhan.

ladybird,
rasanya katak lebih suka hujan berbanding panas, tak gitu?

LadyBird berkata...

betul2.. katak suka hujan.. tp kenapa ek pakcik..