Isnin, 5 Disember 2011

Bersama Bro Kamaruddin

Aku dapat tahu akan ada satu ceramah oleh Bro Kamaruddin Abdullah seperti yang di war-warkan. Aku mengenali beliau sejak diawal memeluk agama Islam. Dia seorang yang mudah mesra dan selalu senyum. Kegigihannya dalam dakwah amat dikagumi.

Pernah dia memberitahu bahawa sebahagian dari metadologi dakwahnya kepada belum Islam menggunakan surah Al Ikhlas. Hujah dari surah itu sudah dikira mampu mencerahkan kekeliruan terhadap kebenaran Islam terhadap mad’unya yang rata-rata adalah pelancong asing. Mentornya ialah pendakwah tersohor Ahmad Deedat.


Muga Allah turunkan jutaan Rahmat keatas sahabatku ini melorongi perjuangannya dan mendapat hasanah di dunia dan hasanah di akhirat. Pada yang lapang dan mampu bolehlah ke Surau An Nur sempena iftar sunat Hari Asyura, esok!

Sabda Nabi SAW dari Abu Qatadah ra, "Aku berdoa kepada Allah semoga puasa Asyura dapat mengampuni dosa setahun yang lalu". Riwayat Muslim.

2 ulasan:

kakcik berkata...

Terharu melihat mereka yang 'lewat mengenal' Islam lebih menghayati agama yang baru mereka anuti berbanding dengan sesetengah kita yang dilahirkan dengan 'label' Islam...

LadyBird berkata...

ameeennnn...