Khamis, 29 Disember 2011

Tidak Rugi Menjadi Orang Baik

ibu_suri dan angah

Aku menulis entri kali ini menggunakan netbook yang begitu cinoni berian dari Along. Dia dapat percuma semasa mendaftar talian streamyx tahun lalu. Dia juga belikan modem jenama D-link. Aku hanya daftar Celcom untuk dapatkan kad sim serta pakej langganan rm48 sebulan untuk 1gigabit ruang muaturun. Not bad, bisik hatiku.

Aku ambil cuti esok kerana menghantar ibu_suri ke Klinik Kubang Semang untuk rutin pemeriksaan hipertensi dan diabetisnya. Aku sedikit bimbang sebab aku menjangkakan berat badan ibu_suri sedikit naik. Tentu doktor akan membebel pada aku kerana gagal mengekalkan tahap kilogram ibu_suri.

Semasa sedang memandu balik dari makan malam tadi, ibu_suri tiba-tiba berkata;

"Abang ni baik sangat dekat ibu!"

Tak sangka juga kata-kata begitu boleh keluar dari mulutnya. Entahlah! Inilah aku dan aku tak reti untuk bersikap lebih dari begini.

11 ulasan:

hani@debumelukut berkata...

tiba2 mengalir air mata bila baca kata2 ibu suri..

kakcik berkata...

Ertinya - ibu_suri tetap tahu menghargai. Alhamdulillah. :)

mela berkata...

Syukur, penghargaan yang tulus. Untungnya kekal hingga ke taman bahgia.

mama maman berkata...

Ayat yg ikhlas dr ibu_suri.. dia terharu la tuh.. IM boleh je buat donno, biarkan dia, tak layan karenah dia... tp IM buat semua.. tu yg ibu_suri ckp IM nih baik.. kalu sy pun sy akan ckp gitu.. tanda terima kasih tak terhingga.. terharu sy...

Anonymous one berkata...

Muka sama dengan angah.

Alhamdulilah..

AO yang normal ni pun agak susah untuk menurunkan berat badan apatah lagi ibu suri.

Deru Ombak berkata...

Saya terharu IM..jadilah lelaki sbegini selamanya untuk ibu suri..salute...!!!

hrusli61 berkata...

Baik di mata baik di hati
Semoga istiqamah hingga ke mati.

insan_marhaen berkata...

hani,
tulisan dari nurani selalunya memberi lebih kesa pada yang membaca.

kakcik,
adakalanya menghargai. adakalanya merunguti.

mela,
muga berkekalan, harapannya begitu.

mama maman,
memang bukan sukar untuk mengucapkan begitu terutama pada pasangan kita.

insan_marhaen berkata...

ao,
ddoktor azlinadi kk kubang semang kata; yang penting ialah paradigmshift.

deru ombak,
IM harap pun begitu sebab bukan calang calang orang boleh jaga ibu_suri.

hrusli61,
dari hati terpancar pada tindakan. memang IM doakan agar kekal hingga akhir nanti.

LadyBird berkata...

ibu suri pasti syg sgt2 kat suaminya.. :)

bearcat berkata...

Netbook pun takpa, yang penting, fungsinya...masih boleh juga IM mencurahkan kisah dan pengalaman di sini :)