Halaman

Ahad, 29 Januari 2012

Nasi Limuni

Trek yang panjang di Tasik Mengkuang. Foto salin dari sini

Hari ini usrah di Tasik Mengkuang. First time buat usrah secara outdoor. Selalunya usrah di adakan di rumah sahabat secara bergilir.

Sayangnya, cuma aku dan naqib saja yang hadir. Seorang lagi rakan sakit kepala. Seorang lagi tak dapat dihubungi. Jadi aku dan naqib ambil keputusan memilih morning walk di trek yang panjang. Sambil berjalan, bertanya khabar masing-masing. Dan selaku naqib tentunya beberapa tazkirah sempat diberikan.

Berpeluh juga dahi dan ketiak.. Bila matahari dah tinggi, naqib ajak makan dulu sebelum balik. Dia belikan nasi limuni. Aku jarang makan nasi macam ni. Sambil berbual aku sempat ceritakan perihal Akhmal semalam.

"Dia bertumbuk dengan Along. Terkejut juga ana dibuatnya. Tak sangka boleh terjadi insiden begitu dalam keluarga ana."

"Puncanya?"

"Motor. Akhmal nak pinjam motor Angah untuk keluar malam semalam tapi Along tak bagi. Ana pun faham kenapa Along tak bagi sebab Akhmal tunggang motor kasar. Boleh lingkup enjin dibuatnya."

"Motor Akhmal kenapa?"

"Katanya eksos dah keluar asap. Selalunya kalau macam tu, piston dah haus la, kan!"

"Apa plan enta untuk Akhmal ni?"

"Ingat nak sambung berubat cara kampung balik lah. Dulu stop sekejap sebab dah give up. Lagi pun bila dia pergi kerja kat Shah Alam tu dulu, ingatkan insyaAllah dah boleh ok.  Tapi rupanya tak. Banyak lagi kerja ana kena rengkuh."

Aku merenung jauh ke Hutan Simpan di hadapanku. Teringat lagi -  Akhmal seperti menyalahkan aku kerana menjadikan dia anak angkatnya. Dia membentak suruh aku hantarnya balik ke rumah mak sebenar dia di Setiawan. Luluh jantungku dibuatnya dengan sikap Akhmal ini. Tak tahu dimana silapku selama ini dalam mendidiknya.

Di depanku kelihatan remaja bermain badminton riang sesama mereka. Ini mengingatkan aku semasa bermain badminton dengan Akhmal di belakang rumahku lebih 10 tahun dulu.

Nasi limuni aku pun dah habis!

20 ulasan:

Dinar berkata...

Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

Dinar berkata...

Salam IM. kami dah mula ketagih nasi lamuni ni...mmg sedap...pas tu katanya boleh awet muda. hehe Kat sini ada satu restoran yg jual nasi ni pd setiap sabtu. MMg kami tk miss...

Ibu n Abah berkata...

IM..
banyak kali akak bca kisah Akhmal ni..
Akak juga anak angkat.. tapi selalu bersyukur dibesarkan oleh ibu angkat.. bila lihat reaksi Akhmal begitu, tak tahulah apa masalahnya.
Kebanyakan kawan akak yg dijadikan anak angkat kebanyakkannya ada rasa bersyukur yang amat kepada ibu angkat mereka tapi yg bersikap seperti Akhmal pun ada.. puasa akak pikirkan mengapa ya?
Maybe sebab IM ada anak sendiri yang sama-sama dibesarkan bersama mereka dan mereka sendiri yg ada rasa tersisih. Macam kami... kami tidak mempunyai 'rival' dari anak kandung ibu angkat kami...Itu yg kami bahagian dibesarkan oleh ibu angkat. 100% perhatian hanya buat kami...
mungkin kena lebih perbincangan dari hati kehati dengan Akhmal. Banyakkan berdoa... mudah2an lembut hatinya...

nyanyisunyi berkata...

Assalam IM..
nasi limuni..agak janggal pada sy sebab tk penah tenguk dn makan..

buat anak Im Akhmal..mudah2an Im dipermudahkan dalam segala urusan mengatasi apa saja masalahnya..

LadyBird berkata...

lady rasa akhmal rasa 'sesuatu' di dalam hatinya.. 'sesuatu' yang orang x rasa apa yang dia rasa..

tetapi sebagai ayah, mungkin boleh fikir apakah 'sesuatu' itu..

mungkin tersilap di mana2.. ataupun timbul suatu perasaan protes dalam diri akhmal disebabkan dia anak angkat..

maka dia zahirkan begitu..

mungkin juga akhmal dpt tekanan daripada teman2.. mgkn terdapat kata2 yg telah terguris di hatinya..

cthnya : mak ayah ko xsuke ko, sebab tu die bg kat org.. mak bapak angkat ko skrg ni bukan nk sgt ambik ko sbg anak, tp sebab kshn..

tu antr cth2nyelah..

cube selami 'sesuatu' itu..

norh berkata...

moga IM terus kuat ya.. mungkin faktor akmal masih di alam remaja, ..

Deru Ombak berkata...

Assalamualaikum IM,,
Nasi limuni? Cemane rupanya? Sedap x?

Akhmal tu, IM saja yang lebih tahu. Mungkin dengan pendekatan reverse saikologi IM dpt menyelami jiwanya yang memberontak gitu.

insan_marhaen berkata...

dinar,
IM pun ada dengar, selalu makan nasi limuni boleh awet muda. tapi tengok pada ramuan ulamnya, mungkin.

ibu n abah,
IM dapt tahu dari pihak JKM bahawa kebanyakan anak angkat memang memberi masalah pada keluarga angkat mereka. JKM pun tak tahu bagaimana ini berlaku.

nyanyisunyi,
kat penang ni memang serba jenis makanan ada. maklumla, tempat segala jenis manusia cari rezeki.

ladybird,
memang benar kata-kata LB tu. hingga kini pun IM tengah mencari sesuatu itu.

norh,
sebab itu IM masih sabar untuk menunggu akhmal melepasi usia 20 tahun. tapi sabar perlu disusuli dengan sesuatu usaha.

DO,
boleh klick nasi lemuni dalam entri di atas yang IM boldkan. ada link di situ.

aku HIV positif berkata...

sabarlah IM,
besar pahalanya IM menghadapi semua ini.
sama2lah kita doakan.

Citarasa Rinduan berkata...

Im..
ayu perasan ada sesuatu yang terusik dlm hati akhmal..
mungkin status angkat itu y dia tak puas hati..
apa kata, temukan die dgn kluarganya..
biarlah dia sendiri berfikir dgn matang

##nasi lemuni ayu tak pernah jumpa

Mario berkata...

nasi apa tu ek....takde gambar?
err....gaduh adik beradik tu biasa kot...harap2 semakin dewasa nnt akan berubahlah hendaknya....rasanya bukan sbb anak angkat ke anak sendiri....yg seibu sebapa pun bole je gaduh2....

Red Panda berkata...

Sedapnya nasi lemuni...bau daun-daun.

Pasal Akhmal tu bersabar sajalah IM. Lagikan anak darah daging sendiri pun ada yang macam-macam cerita :)

insan_marhaen berkata...

ahp,
insyaAllah, IM akan terus sabar dan memastikan hati IM ikhlas menerima sebagai anak sendiri.

cr,
benar. anak angkat amat sensitif perasaannya. dan untuk menjaga itu perlu hikmah yang bukan sedikit.

mario,
boleh klik link kat perkataan nasi limuni yang telah dibold dan diwarna lainkan ia.

red panda,
tkasih atas nasihat. IM tetap sabar dan pasrah.

S..U..D..@..I..S berkata...

nasi lemuni mengingat aku pada arwah sorang kawan yg sgt suka memasak nasi ni dan suka juga jamu kawan2

ashrafi berkata...

Assalamualaikum

Tuan, mohon diberi gambar mengenai nasi limuni itu. :)

insan_marhaen berkata...

sudais,
IM juga ada seorang kawan yang suka belanja nasi oren.

ashraf,
boleh lawati link ini:

http://kak-rusnah.fotopages.com/?entry=1935564

a.samad jaafar berkata...

arwah mak punya beberapa anak angkat.. alhamdulillah..semua begitu rapat malah terkadang kasih sayang bagai melebihi drpd adik beradik kandung pula..

bersabarlah..mungkin bukan masalah IM..tetapi dari dlm dirinya sendiri..saya dpt membayangkan perasaan IM..

nur berkata...

Semoga Akhmal akan berubah..

Sham berkata...

sabar jela IM...moga segalanya baik2 sahaja antara IM dengan akhmal...

insan_marhaen berkata...

a samad,
IM juga sayang pada dia seperti pada anak-anak lin. tapi tak tahu dimana silapnya.

nur,
tk atas doa.

sham,
mudah-mudahannya begitu.