Isnin, 12 Mac 2012

Aku Nikahkan Dikau...

Semalam adalah majlis walimah adik bongsuku – Qida. Majlis akad nikah dilansungkan di Masjid Kampung Kepayang, kampung tempat kami dibesarkan.

Aku sebagai wali paling kanan selepas arwah abah dipertanggungjawapkan oleh mak untuk berada di barisan hadapan. Bergetar juga jantungku dalam memikul tanggungjawap ini sebenarnya.

Naib Kadi memanggil aku dan saksi nikah menemui pengantin perempuan – Qida, yang duduk di saf wanita - belakang sedikit. Naib Kadi bertanya beberapa soalan tentang kesahihan dan persetujuan secara lisan dari Qida tentang bakal suaminya. Aku yang duduk di sisi berusaha meletakkan jiwa dan peribadiku sebagai seorang lelaki yang berada di dalam majlis yang rasmi; bukannya santai seperti selalu.

Selepas Qida menurun tandatangan di borang persetujuan nikah, Naib Kadi memaling soalan kepada aku pula;

“Ini abang Syukrida?”

“Ya!”

“Nanti awak yang membuat akad nikah untuk adik awak?”

“Err…. Saya wakilkan kepada Tok Naib untuk mengakadkannya”

“Elok kalau waris Syukrida yang mengakadkannya sendiri. Lebih afdhal. Boleh? Jangan bimbang. Nanti saya ajar awak.”

Aku antara angguk dan tidak. Hati aku bercampur antara mahu dengan tidak sanggup. Memang aku pernah menghantar emel kepada Qida beberapa tahun lalu bahawa aku berhajat untuk menjadi jurunikahnya bilamana sampai masa dia berkahwin nanti. Tapi bila tiba hari ini, jantungku yang sedang bergetar ini semakin kuat getarannya.

Saat pertanyaan yang diajukan oleh Naib Kadi memaksa aku membuat dan memberi keputusan yang cepat dan tidak menyesalkan diri sendiri.

“Ya… InsyaAllah!” Aku cuba teguh dengan jawapan itu.

Dan kami pun kembali ke hadapan mimbar di mana pengantin lelaki siaga duduk bersila. Aku pandang sekali lalu setiap ahli rombongan lelaki yang hadir. Itu adalah pandangan terakhirku dan selepas itu aku tidak mahu pandang mereka lagi. Sebaliknya menumpukan barisan ayat akan aku ucapkan disamping berdoa pada Tuhan muga-muga diberkati tindakanku ini.

“Lama pula Naib Kadi ni beri khutbah.” Bisik hati bila aku mula berasa seram sejuk. Pengantin lelaki tampak relaks je. Aku pula yang rasa tak sedap perut ni.

Akhirnya;

“Mohd Najmi bin Menhat. Aku nikahkan dikau dengan adikku Nuur Syukrida Munira bt Amri dengan mas kahwinnya 500 ringgit tunaiii…”

“Aku terima nikahnya Nuur Syukrida bt Murnira dengan mas kahwinnya 500 ringgit, tunai!”

Dan Naib Kadi pun membacakan doa tanda selamat sudah majlis yang penuh erti buat adikku ini. Aku pula segera teringat akan pusara abahku yang tidak jauh dari tempat Qida dan Najmi diijabkabulkan!

10 ulasan:

Kakzakie berkata...

Syukur alhamdulillah terlerai sudah memikul tangung-jawab sebagai wali pernikahan adik IM....

kakcik berkata...

Alhamdulillah. Semoga bahtera perkahwinan mereka belayar dengan baik tanpa gentar pada ombak dan badai kehidupan.

mama maman aka yana berkata...

Alhamdulillah..:)

Anonymous one berkata...

Selamat berbahagia, sekarang memang musim kenduri hehe

Dinar berkata...

Syukur. IM, mungkin ini majlis walimatulurus paling mencabar kot.. Alhamdulillah semuanya lancar.

Bapak berkata...

syukur..nampaknya getar si wali segetar pengantin lelaki.

apa pun tahniah terima adik ipar baru. semoga Qida dan Najmi melayari kehidupan rumahtangga yang dirahmati Allah

Kamsiah berkata...

salam
IM...debarnya mcm nak akad nikah dgn ibu suri dulu kut...:)

hrusli61 berkata...

Kau telah merasa akan insyaAllah akan susuli.

S..U..D..@..I..S berkata...

sungguh terasa kewrisan itu...
syukur semua sudah selamt

abu muaz berkata...

tahniah IM.
memang mendebarkan maklumlah jurunikah baru