Halaman

Sabtu, 24 Mac 2012

Nasihat

Angah datang berbual dengan aku yang asyik menyalin lagu dari CD ke pendrive. Pendrive asal yang selalu aku guna di kereta teringgal pula di ofis. Seperti biasalah, bila masuk bab bermu'ayasyah dengan masyarakat ni, aku menasihatinya.

"Kita kena bijak dan selalu berpandangan jauh. Jangan mudah melatah dengan apa yang orang perbuat pada kita."

"Orang yang bijak ialah orang yang apabila melihat sesuatu yang tidak baik dilakukan oleh orang lain, dia mengambil itu sebagai iktibar pada dirinya."

"Ayah mahu kamu tidak mencari musuh. Sebaliknya berkawanlah dengan semua orang. Kalau orang itu baik, baiklah kamu dengannya. Kalau itu berniat serong, sekadar berkawan ala kadar sahajalah."

"Mendapat kepercayaan dari orang lain kepada kita memakan masa bertahun-tahun tetapi untuk merosakkan kepercayaan itu cukup dengan hanya sekali kesilapan."

Sebenarnya, kami berbincang tentang hal CT yang kini bernasur pulih tetapi saudara mara seperti menyimpan salah tanggapan terhadap wang CT yang Angah diamanahkan untuk menjaganya.

Sebenarnya Angah lebih banyak mendapat nasihat dan tunjuk ajar dari aku berbanding Along.

13 ulasan:

LadyBird berkata...

kdg2 nsht xlalu lagi untuk diterime apbila ht dilanda kekusutan terlampau..

hrusli61 berkata...

Pengalaman dikongsi dan petua dituruni jika baik dan beterusan kita dapat pahala walaupun nanti sudah tiada.

a.samad jaafar berkata...

Anak yg baik menjadikan ayahnya sbg tempat merujuk masalah.. Hal ini tentunya memerlukan seorang ayah yg hebat juga.. Tahniah IM

Deru Ombak berkata...

Salam IM..

Anak2 perlukan kita sepanjang hayat..

Anonymous one berkata...

Im bukan sahaja berkongsi dengan angah dengan saya dan semua pembaca di blog ini.

Saya tahu betapa beratnya amanah yang angah pegang.. pandangan orang tu sangat berat hakikatnya mereka tidak tahu apa yang kita lalui, semoga angah boleh melalui ujian ini dengan tabah.. angan juga sedang di tarbiyah.

hani@debumelukut berkata...

Bila ada org memerlukan kita sebagai penasihat, tak kira lah kawan atau saudara,atau anak sekali pun, hati terasa bertuah kerana masih ada yg menghargai kita..tak gitu?

insan marhaen berkata...

ladybird,
tetapi nasihat perlu diberi dan lebih mudah jika setelah dia melalui pengalaman pahit itu.

hrusli61,
seperti juga mak kita kita yang menurunkannya kepada kita dan sekarang kita pula menurunkan kepada anak-anak kita.

a samad jaafar,
IM tak lah sehebat mana berbanding bapa mithali yang diperakui..he..he..

dm,
seperti juga kita yang perlukan mak abah kita disepanjang hayat mereka.

ao,
IM tahu dan beritahu dia bahawa dia sebenarnya dalam proses belajar realiti hidup.

hani,
betu sesangat. IM rasa dihargai bila nasihat IM dia dengar walaupun mungkin bukan semua yang dia setuju atau ingat.

Werdah berkata...

Assalamu'alaikum IM

Nasihat daripada ayah sangat-sangat diperlukan.. semoga Angah bersabar dengan apa dialami.. ujian kekeluargaan memang selalu ada di mana-mana..

Red Panda berkata...

Bertuah anak IM masih punya ayah untuk beri nasihat. Tak macam saya, mak dan ayah dah tiada...ada masa tenggelam punca di saat perlunya nasihat daripada mereka.

Dinar berkata...

Salam. IM, wang mmg isu paling sensitif yg telah menjadi punca salah faham di antara sesama kita. Tp yg susahnya kita tidak dapat berbincang secara terbuka dalam sesuatu perkara terutamanya pasal wang...harap Angah tabah dan kebenaran akan sentiasa mengatasi kekhilafan.

Anonymous berkata...

saya sangat setuju perihal berkawan dengan semua orang, walaupun dengan yang berniat serong kerana kita tak tahu bila orang yang kurang baik boleh menjadi lebih baik. saya kurang senang dengan mereka yang memilih hanya hendak berkawan dengan yang setaraf baiknya, macamana hati mereka yg kurang baik nak tersentuh ke arah kebaikan dan mereka akan mejauhi orang baik yang rasa diri mereka terlalu mulia. saya sendiri rasa pilu bila kawan2 dulu yang dah banyak langkah kepada lebih baik, dah tak semesra dulu dengan saya. dalam pandangan mereka saya tak setaraf..

al-lavendari berkata...

benar .. seribu kawan masih sedikit berbanding dengan hanya seorang musuh ..

insan_marhaen berkata...

werdah,
angah ni lain sikit. sabarnya tidak 100% mewarisi IM. ada juga anginnya tu.

red panda,
tugas mak abah dah selesai. tinggal kita saja yang pandai-pandailah mengurus hidup.

dinar,
memang. isu wang paling sensitif. IM dah pesan pada angah sebelum ini.

tanpa nama,
biarkanlah mereka dengan cara mereka. ibarat si luncai, biarkanlah dia terjun dengan labu-labunya. asalkan kita jangan bersikap begitu.

al lavendari,
betul. musuh amat mudah dicari berbanding kawan.