Halaman

Khamis, 28 Jun 2012

Menghambat Masa Kosong

Tak berkesempatan kemaskini blog sejak entriku pada Isnin lepas. Sibuk dengan rutin harian yang menghambat masa-masa kosong dan tenaga picisan yang ada. Ditambah dengan cemburu ibu_suri yang bukan kepalang bila saja aku mula mahu menekan papan kekunci;

"Abang, you baca apa?" keras suaranya!

Balik kerja sekitar waktu azan Maghrib. Terkocoh-kocoh membuatkan minuman dan menghidang makanan untuk ibu_suri. Bila saja slot Berita Utama TV3 mulakan bicaranya, aku tahu itu masa aku kena pergi mandi. Seusai sembahyang aku akan mengambil pakaian dan tudung ibu_suri untuk bersiap membawa Akhmal ke Klinik 1 Malaysia, bandar Baru Perda untuk dressing.

Alhamdulillah, luka di kaki Akhmal semakin sembuh. Aku mensasarkan Akhmal tak perlu lagi berulang ke klinik sebaik saja Ramadhan tiba. Kalau tidak begitu lebih kalut aku dibuatnya. Bila luka kaki Akhmal sudah sembuh tumpuan hanya diberikan untuk pemulihan tulang jari kakinya yang patah sahaja. Kalian ada formula atau petua untuk mempercepatkan pemulihan tulang yang patah? Ada yang kata makan ikan haruan. Ada yang cadangkan minum susu DutchLady. Ntahlah!

Selesai ke klinik dan makan, dah pukul 10.30 malam. Waktu ini Marissa patutnya sudah ada di rumah bilamana diambil oleh mamanya dari rumah kakak ibu_suri yang mengasuh. Cepat-cepat ibu_suri mahu balik kerana mahu menimang cucu kesayangannya ini sebelum cucunya masuk tidur lebihkurang jam 11.30 malam.

Marissa sudah pandai ketawa

Sebaik saja Marissa tidur, ibu_suri akan ajak aku keluar siar-siar lagi yang ntah pukul berapa pula aku akan balik semula ke rumah.

Semalam adalah hari aku hadiri usrah di rumah naqibku di Taman Sutera Prima. Lewat aku sampai ke sana semata-mata kerana mahu selesaikan dulu tanggungjawapku terhadap Akhmal dan ibu_suri.

Beginilah seharianku. Hingga pernah sesekali bila aku terasa terlalu letih dek kekeringan masa santai, aku terkeluar kata pada anak-anakku;

"Boleh tumbang tengah jalan kalau begini selalunya keadaan ayah!"

Kalau tidak kerana rindu untuk menulis dan cintaku pada blogku ini, aku takkan mahu bercekang mata mengupdatekannya sekalipun udah lewat dinihari!

Jumaat ini aku perlu menghadiri Mukhayyam anjuran jamaahku. Aku sedang memikirkan bagaimana keperluan ibu_suri dan Akhmal dapat diuruskan semasa aku berpergian nanti.

Aku percaya, untuk kerja baik, Allah akan membantu!

6 ulasan:

kakcik berkata...

Comelnya Marissa. semoga menjadi penyejuk hati. InsyaAllah.

Dinar berkata...

Subhanallah...dalam keadaan begitu kalut pun IM boleh memikirkan usaha dakwah ke jalanNYA...INSYALLAH Allah akan permudahkan segalanya..moga IM terus kental!

makchaq berkata...

Salam IM
Berat mata memamdang berat lagi bahu yang memikul..
Alhamdulillah kesihatan dan keadaan ibu_suri dah 1000 kali lebih baik dari dulu
Makchaq doakan IM sentiasa diberi kesihatan dan kekuatan untuk menempuh segala ujian dan dugaan....

Makin comel marissa.. tambah bila dah pandai senyum ni..

NoorVictory berkata...

InsyaAllah. Semoga Allah sentiasa mempermudahkan urusan IM. ;)

pB berkata...

semoga Allah permudahkan segala urusan IM

norh berkata...

saya pun dok keletihan la ni..padahal baru hidup sorang..hehe.. baca dan update blog pun melalui phone ja..