Halaman

Sabtu, 21 Julai 2012

Malam Ramadhan Pertama

Seperti dijangka, jambatan Pulau Pinang sesak semalam. Mungkin rata-rata umat Islam mahu balik awal dengan niat yang sama seperti aku - berTerawih di masjid.

Sesampai di rumah aku terus mendekati ibu_suri;

"Sorry, tak sempat beli makanan. Abang masak maggie goreng aje la, ok?"

Angguk sambil mengorak senyum keanak-anakannya itu. Capai saja kuali dan rendam Maggie Tom Yam kegemaran kami berdua sejak akhir-akhir ini. Angah asyik menghadap laman Mudah.com di depan komputer.

"Angah, cepat angkat Akhmal jatuh motor," tiba-tiba anak buah aku tergesa-gesa datang.

Kaca cermin sisi motor berkecai di depan rumah. Akhmal sedang meraung memegang kakinya yang berbalut. 

"Tu lah... puas dah ayah pesan. Jangan naik motor. Kaki tu baru nak baik."

Aku ambil kunci Kancil. Ingatan aku terus saja ke hospital Seberang Jaya. Jiran-jiran sudah mula ramai datang. Anak saudara aku ni kalau dalam keadaan kelam kabut begini, mulut dia memang riuh.

"Angah jaga ibu di rumah. Ayah dengan Zam saja bawa Akhmal."

Sesampai di hospital, Akhmal terus di bawa ke bilik x-ray. Hampir terlupa aku yang sebenarnya perut aku juga lapar sejak dari jambatan Pulau Pinang lagi. Dan maggie yang aku goreng itu juga sebenarnya untuk aku makan sebelum bercadang ke masjid.

Sambil menunggu giliran x-ray, sayup-sayup terdengar imam membaca Fatihah dan di aminkan oleh makmum yang bergema suara harmoni mereka. Nampaknya, Terawih malam ini hanya sendirian dibilikku!

 
sakit dah kurang setelah disuntik sejarum oleh doktor

6 ulasan:

abu muaz berkata...

kita hanya mampu merancang tuan.
selamat menyambut Ramadhan.

makchaq berkata...

Sendirian pun tak pa dari tak buat langsung..

Setiap kejadian ada hikmahnya.. walaupun nampak buruk..
Semoga IM tenang melalui Ramadhan....

NoorVictory berkata...

Yang penting tak tinggal terawaih, kan? =)

Semoga IM terus kuat Ramadhan ini di samping ibu_suri..=)

insan marhaen berkata...

abu muaz,
tepat. banyak perkara yang kekadang diluar usaha kita menentukan.

makchaq,
nampaknya begitulah rezeki IM. malam ini pun buat sendiri di rumah. tiada siapa di rumah untuk temani ibu_suri.

noor,
IM harap Ramadhan kali ini terawih IM - penuh!

Anonymous berkata...

Sabar dalam bulan ramadhan tentu berlipat ganda lagi ganjarannya. Puasa medan latihan untuk meningkatkan kekuatan mental dan fisikal. Anda semakin kuat menghadapi ujian bertimpa kerana anda yakin keringanan, kemudahan, kejayaan akan menyusul.

Anonymous one berkata...

aish akhmal2 nak kena cubit telinga ni..

saja nak berkongsi kisah dengan IM.. ao pun ada kawan yang degil.. ao sangat marah dengan dia.. tapi bila baca kisah IM.. ao insaf ..