Halaman

Isnin, 9 Julai 2012

Perjalanan Ini Teramat Panjang

Allah,

pautan


















Hadirkanlah kesabaran dan kelembutan
dalam menjaga kebajikan isteriku.

Berikanlah aku kekuatan jiwa dan mental
dalam mengurus tumbesaran anak-anakku.

Kurniakan kemahuan dan istiqamah
dalam usahaku menyempurnakan tanggungjawapku terhadapMu.

Adakan ruang dan peluang
untuk aku menyelit diri bersama jamaah IKRAM
menyumbang keringat membina masyarakat
kerjaya kebajikan yang aku minat.

Berilah aku ketenangan, lapang dada dan fikir yang positif
dalam mendepani segala dugaan yang datang
silih berganti seperti tidak mahu habis dan tidak akan habis.

Selagi jarum jam itu bergerak
selagi matahari itu terbit dan tenggelam
selagi angin mengalir dari kiri ke kanan
dan hujan turun dari langit ke bumi
Dugaan tetap jua datangnya.

Perjalanan ini rupanya teramat panjang dan perit
mahu tidak mahu aku kena bangkit dan terus menyusur takdir!

6 ulasan:

Citarasa Rinduan berkata...

amin Ya rabal alamim..

moga y baik2 buat IM..
tabah ya..

NoorVictory berkata...

Sabar, Allah uji hamba-Nya yang kuat. Allah uji hamba-Nya yang disayangi.

Saya doakan semoga IM selalu kuat, sabar, redha dan ikhlas menjalani takdir yang telah Allah tuliskan untuk IM dan keluarga.

InsyaAllah IM dan keluarga ada dalam doa saya. ;)

Anonymous one berkata...

baru habis baca entry2 lama kat blog IM.. terus ada update... semoga tabah dan sabar selalu IM...


semoga kesihatan ibu suri dan akhmal semakin baik.

kakcik berkata...

Sepanjang mana pun jalan itu, penghujungnya tetap ada.

Semoga IM terus tabah.

insan_marhaen berkata...

cr,
ya.. muga yang baik baik dari Allah untuk cr.

noorvictory,
terima kasih atas doa yang ada untuk saya itu.

ao,
lama tak tatap komen ao. ingat dah lupa pada IM.

kakcik,
ya... kerana itu IM tak putus putus berdoa muga IM terus teguh berjalan dan berlari ke arah itu dengan selamat dan jaya.

Dinar berkata...

semakin jauh kita tinggalkan footprint makin dekat kita ke destinasi yang pasti itu...