Rabu, 18 Julai 2012

Ya Ramadhan!

Hari ini adalah usrah yang terakhir sebelum datang Ramadhan. 

"Ana harap sepanjang Ramadhan nanti kita semua akan berebut-rebut untuk membuat amal samada Terawih, Quran, Qiamullail dan bersedekah." pesan naqibku - Isa.

"Ana dah peruntukkan setiap hari akan bersedekah sejumlah wang. Biarpun sedikit tak mengapa. Yang penting ialah keikhlasan dan kesungguhan kita itu beramal." 

Aku dah mula membayangkan kepada ibu_suri bahawa Ramadhan kali ini aku mahu berTerawih di masjid. Tidak seperti beberapa tahun sebelum ini hanya berTerawih di rumah demi kerana tidak berani meninggalkannya sendirian di rumah.

Ramadhan kali ini juga aku membayangkan akan lebih sibuk kerana akan ada bersamaku berbuka dan bersahur adalah menantu dan cucu.

Juga Hari Raya kelak aku perlu utamakan berhari raya di rumah sini berbanding sebelum ini yang selalunya beraya di kampung.

Terasa benar bezanya menjadi bapa kepada anak yang masih kecil berbanding menjadi bapa kepada anak-anak yang sudah dewasa. Masih banyak yang perludijaga dan dikorbankan.


sekadar tazkirah

7 ulasan:

Anonymous one berkata...

Selamat menyambut ramadhan IM.. :)

kakcik berkata...

Assalamu'alaikum IM.

Kakcik suka pada kata2 yang tertera dalam 'kotak' tu - menginsafkan.

Mario berkata...

selamat menyambut Ramadhan bro...

makchaq berkata...

Selamat menyambut Ramadhan

Dah jadi tok & wan mesti la tunggu anak2 balik raya..

Kami masih beraya di kampung..

NoorVictory berkata...

Huhuhu~ tahun nih xdapat balik puasa dgn raya kat kampung. Sedih.

Kunang-Kunang berkata...

Salam IM,

Semoga hasrat IM untuk bertarawih di masjid tahun ini termakhbul.

Mohon ampun maaf dari kak ani sebelum kita sama-sana menyambut Ramadhan yang mulia ini.

LadyBird berkata...

salam ramadhan uncle im...