Halaman

Rabu, 16 Januari 2013

Catatan Perjalanan Ke KL...7 (akhir)

Bermula jam 2 petang dengan lagu Negaraku. Sudah lama aku tak menyanyikan lagu ini secara koir. Meremang bulu romaku lebih-lebih lagi setelah sudahnya disusuli dengan gegak gempita tepukan dan sorakan rakyat.

Hujan rintik-rintik. Tapi aku pasti sekiranya hujan lebat turun sekalipun, aku dan mereka akan tetap juga tidak berganjak.

Sempat beli ikat kepala berharga RM2

Ucapan oleh pemimpin  juzuk-juzuk kecil HKR seperti TANAH oleh Mazlan Aliman, JERIT, ORANG ASAL, ROYALTI dan banyak lagi. Aku tertarik juga dengan ucapan wakil dari Sabah dengan slogannya - INI KALILAH...TUKAR!

Ucapan di selangseli dengan lagu keramat ITO - Ubah Sekarang serta sajak Di Atas Padang Sejarah oleh Sasterawan Negara - A. SAMAD SAID. Sudah tentunya aku adalah peminat mereka berdua sejak lama dulu. Sejak aku mengenal dunai penulisan dan muzik. Aku selalu mengunjungi blog Hujan Pagi milik A Samad said. Aku kagum dengan susunan kata-katanya yang tajam. Malah blog puisiku Hujan Petang adalah terhasil dari inspirasi blog beliau.

Aku masih ingat kata-kata merendah diri A SAMAD SAID

"Saya tak buat apa-apa. Hanya baca puisi. tapi tidak sangka puisi saya amat ditakuti oleh penguasa."

Memang hebat sajak-sajak ciptaan beliau. Tidak heranlah kalau katanya:

"Sajak saya mahal harganya. Justeru itu saya cuma membaca hanya sebuah sahaja hari ini."

Dan punya hebatnya aura ITO hingga ketika lagu Khatulistiwanya mengujudkan OMBAK RAKYAT secara tanpa di suruh.

gelagat anak mencari mak yang 'hilang'

Ada maklumbalas yang mengatakan kehadiran kami ke sini dibayar dengan harga RM150. Mat Sabu bertanya kepada kami. Hah... bukan dibayar malah sebaliknya kami sendiri kena bayar sedikit seorang ke dalam tabung untuk membiayai sewaan stadium yang berharga RM100 ribu.

Ucapan-ucapan dari pemimpin PR memang sudah biasa aku dengar. Jadi aku cuma dengar gitu-gitu saja. Bagi aku yang utama bukan sangat mendengar ucaputama mereka tetapi menghadirkan diri kerana mahu menjadi salah seorang dari pelakar sejarah tersendiri di Stadium Merdeka ini.

Sekali lagi Azan berkumandang bermakna aku sudah berada di sini di antara 2 Azan. DSAI bijak bila mengusulkan supaya teriakan MERDEKA di laungkan sebanyak 7 kali persis laungan MERDEKA ketika Tuanku Abdul Rahman mengisytiharkannya pada 1957 dulu.

Jenamaku tiba-tiba laris...

Selesai semuanya aku dan Along berarak keluar stadium dengan segala kepuasan. Terasa dahaga aku minta Along belanja minum air kelapa laut afrika yang di jual. Nikmat rasanya walaupun sudah tidak sesejuk yang sepatutnya.

Sepanjang jalan keluar kami sempat melambai tangan dan menghadiahkan sebuah lagu kepada polis yang memerhati dari dalam pagar balai:

Polis! Polis! 
Terima kasih Polis.

Polis! Polis!
Kali ini polis baik!

Untuk mandi aku terpaksa ke KL Sentral dengan berjalan kaki. Tapak kaki mula terasa sakit. Selesai mandi Along bawa aku kembali ke Pudu Sentral dengan menaiki motor. Sekali lagi aku rasa teramat siksa membonceng.

Jam 9 aku menaiki bas Seasons. Ntah bila aku terlelap. Sedar-sedar dah berada di stesyen minyak Caltex. Angah menalipon bertanyakan aku di mana. Aku jawap... tak tahu.

Rupanya aku sudah melepasi Bukit Merah. Memang hebat pemandu bas ini. Namun lebih rasa syukur kerana aku selamat balik!

6 ulasan:

Kakcik Nur berkata...

Dengan tiada provokasi, semuanya berakhir dengan baik walaupun sekarang sedang hebat di media 'rumah siap, pahat masih berbunyi'...

insan marhaen berkata...

kakcik,
biasalah tu dalam mana-mana program besar akan ada saja yangtidak kena.

Jay Ar berkata...

Kalau sejak zaman Dr Mahathir dulu polis diarahkan oleh pak menteri utk bersikap baik macam ni, tidaklah jadi kekacauan, tidaklah imej polis tercalar. Kesian polis, mereka hanya ikut perintah bos2 mereka...pak menteri, bila polis diminta provoke jadilah kekacauan, bila polis diminta jadi seperti polis sebenar, berapa ratus ribu berhimpum pun tetap aman...

insan marhaen berkata...

Jay Ar,
Nasib baik adik saya jadi Inspektor Polis bahagian Narkotik.

Kalau tak dia pun jadi kuda tunggangan mereka yang berkepentinga!

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Alhamdulillah dah selamat semuanya.

insan marhaen berkata...

Mak Long,
Jzkk.

Paling seronok bila melihatkan ramai generasi muda turut sama terlibat. Mahasiswa juga...