Halaman

Selasa, 29 Januari 2013

Rantai Untuk Marissa

Selesai saja program AQSA2GAZA, aku segera bawa ibu_suri memasuki kedai emas berdekatan. Memang dari mula lagi ibu_suri asyik memerhati kedai emas itu. Teringin benar dia nak belikan seutas rantai buat cucu kesayangannya.

"Marissa tu kecik lagi. Belum masanya lagi pakai rantai. Mana dia reti." 

"Ala... Abang mana tau hati perempuan!"

Aku berlapang dada dengan setiap kerenah ibu_suri. Memang dah biasa begini. Bagi aku, asalkan emosi dia stabil, tidak banyak mengganggu ketenangan dan kelancaran hidup aku, itu dah kira ok.  Modal untuk kesemua itu, aku perlu usahakan.

Memang aku masih ada menyimpan wang imbuhan pemberian majikanku sempena 30 tahun perkhidmatan. Ingatkan duit itu aku nak beli tablet. Tapi nampak gayanya, terpaksalah aku kuburkan hasrat itu!

Bukan main girang lagi. Sepanjang jalan asyik bernyanyi-nyanyi. 

"Aii... Ayah, kata nak beli tablet. Aleh-aleh beli yang ni?" Along ketawa sinis. 

Aku teringat kata-kata kawan Tablighku: sesuatu itu bukan tentu lagi rezeki kita sebelum ianya masuk ke dalam perut!

7 ulasan:

Anonymous one berkata...

mana x rezeki tu IM, tu la rezeki sebab sedekah..kat akhirat nanti IM dapat juga :)

Kakcik Nur berkata...

Rezeki Marissa. :)

❤Kamsiah❤ berkata...

harga emas bkn main mahal lagi skrg...mcm tak masuk akal..

insan marhaen berkata...

AO,
Tablet tu la bukan rezeki IM. Along kata - ayah simpan la duit. Ingatkan dia nak belikan untuk ayah dia ni...

Kak Cik,
Betul. Mama dia kata - Marissa sekarang ni dah jadi orng kaya.

Kamsiah,
Memang mahal. Beli pulak kat Poh Kong. Tapi tak mengapa. Ada gunanya nanti tu bila Marissa dah besar!

Ibu n Abah berkata...

Alhamdulillah...
Bapa/suami yg mendahulukan keperluan keluarga sgt diberkati rezekinya..
Akan ada masanya Allah gantikan wang itu utk keperluan IM..
Terharunya akak...

ANIM berkata...

insya-Allah, Allah akan gantikan wang itu berganda-ganda..bukan takat tablet je yang boleh dibeli..

p/s simple tapi nice muka baru ni....

Anonymous berkata...

emas lebih bernilai dari tablet. nilai tak akan luput. tablet tak lama je kegunaannya akan pudar kerana alat-alat ini tidak bertahan lama, lifespan amat pendek. kebijaksanaan ibu suri ingin menghadiahkan cucunya emas.