Halaman

Ahad, 3 Februari 2013

Walimah Dayah & Que...2

Alhamdulillah, selesai dengan selamatnya majlis walimah anak perempuan blogger JH. Aku yang asalnya hanya selaku Timbalan Pengarah majlis akhirnya menjadi seperti Event Manager pula. Ke sana ke mari mengatur agenda majlis dan menampung mana-mana ruang kerja yang perlukan sokongan.

Mulanya dirancang, sebaik saja mempelai (sleng Penang sebut maplei), akan disertai dengan bunyian helikopter diikuti paluan kompang. Ntah dimana silapnya di bahagian konti, akhirnya aku bagi  signal teruskan saja dengan kompang.

Sebaik saja mempelai duduk untuk makn beradab, persembahan silat dimulakan. Aku dah berkali-kali berpesan pada JH semasa mesyuarat sebelum ini supaya jangan sekali-kali membuka langkah di gelanggang akan tetapi darah satria memang pantang dicabar.

Aku letakkan beberapa gambar aksi JH yang kalau ditempat kerjaku lebih dikenali dengan gelaran MASTER;

Dari kiri: blogger WN, JH (MASTER) dan aku


Bersalam dengan menantu memohon perkenan sebelum memulakan langkah.


Kunci mati

Rasanya inlah gambar aksi JH yang terbaik.
Semasa aku ke rumahnya yang beberapa langkah saja dari belakang rumahku untuk tapau nasi kenduri yang masih berbaki; aku bertanya kepada anak sulongnya:

"Mana abah?"

"Huh... Abah dah 'pengsan'...!"

7 ulasan:

makchaq berkata...

Tengok JH pakai tali pinggang haji kat luaq pun dah tau di tok guru silat., nasib tak naik sheikh...

ANIM berkata...

kalau saya berada di tempat menantu dia...
mesti keluar peluh tengok aksi pak mertua..
"tak boleh main-main dengan anak dia"..heee

❤Kamsiah❤ berkata...

dah lama dia tak 'bersilat' kut...so ada peluang,tak boleh tahan2 dah,..

NoorVictory berkata...

Hehehe penat sangat la kot sampai pengsan.

Tahniah untuk kedua maplei! Heee

TUN TIJAH berkata...

Kalau dulu-dulu, biasa lihat orang bersilat depan pengantin tapi sekarang nih, susah nak jumpa.

Wah...hebat bapa pengantin bersilat.

hrusli61 berkata...

Sekadar memunaikan spontan hajad anakanda Nurhidayah. Nak tengok abahnya bersilat.

Terima kasih semua atas sokongan dan doa.

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Alhamdulillah dapat sama-sama mencurah tenaga pada jiran dan sahabat handai.