Halaman

Ahad, 14 April 2013

Bendera Oh Bendera

Tatkala menulis ini aku udah pun berada di kampung. Selepas sembahyang Subuh, ibu_suri yang memang sudah sedia mandi mengingatkan aku pada beg telekung dan ubatnya. Aku memaksa diri bersiap perlahan-lahan lalu menghidupkan enjin kereta.

Aku bawa kereta secara santai. Kereta Kancil aku itu memang tak boleh bawa laju. 80 k/j itu sudah dikira perlu kosentrasi.

Sebelum masuk ke kampung, aku singgah di Restoran Tasik Raban di belakang Stadium Perak. Beli sedikit laluk untuk makan bersama mak nanti. Seronok melihat lauk masakan Melayu yang pelbagai jenis. Aku ambil gulai lemak putih petola, ikan pekasam goreng dan sambal tempoyak. Sistem layan diri di sini agak mudah. Plastik bungkusan di sini tak sama macam di Penang. Memang sudah tersedia tali di mulut bungkusan. Senang nak mengikat.

Masuk saja ke gerbang kampung, aku sudah mula tak sedap hati. Bendera BN hampir menenggelamkan suasana kampung dan menimbulkan suasana 'perang' bendera. Kelihatan sebuah dua lori yang sarat dengan bendera tersadai di pinggir jalan dengan beberapa orang sedang menggantung.

"Patutlah depa boleh gantung bendera dengan cepat. Guna sistem vendor rupanya. Iyalah, depa banyak duit..." fikirku. Tak sama dengan pihak Pakatan rakyat yang semuanya kena keluar dari poket sendiri dan menggantung juga dengan peluh sendiri.

Aku teringat Akhmal semasa PRU12 dulu, dapat upah kerana tolong gantungkan bendera BN.

Seperti yang aku duga, ibu_suri tak renti-renti menyelar akan lambakan bendera warna biru tua itu. Aku berdoa panjang muga-muga selama aku berada di rumah mak nanti, tidak berlaku suasana yang tidak sihat.

Nampaknya aku kena balik awal ke Penanglah nanti. Itu lebih baik bagi kedua belah pihak. 

8 ulasan:

smbotak berkata...

1. rasanya restoran kat tasik raban tu agak famous jugak. banyak orang buat review pasal makanan kat situ.

2. moga suasana suam-suam je, tak sampai panas...

S..U..D..@..I..S berkata...

suka juga tengok bendera, masing2 nak tinggi, besar.banyak dan panjang sekali, perang bermusim

Al-Manar berkata...

Geli hati saya baca tulisan sdr tentang bendera. Di K Terengganu, terutama dipinggir bandar seperti tempat saya bendera yang besar 3mx3m berkibar diatas pokok kelapa ditepi pantai. Sayang dan membazir betul. Dalam masa tak beberapa hari angin ysng kencang banyak yang koyak dan berkecai2. Dalam rumahpun berpati juga? Berbiza sekali. Kami berfikir hendak ke KL 5/5 tinggal kan yang lain mengundi. Masalah dikampong saya amat menyedihkan yang ssatu hari saya akan post kan.

An email to you may follow this comment.

Jay Ar berkata...

Kesian baca berita dari Kuantan ada yg sampai cedera parah (penyokong PR) yg dibelasah parti satu lagi ketika memasang bendera. Tak perlulah bergaduh hingga bermandi darah cuma kerana bendera, nampak sangat masih ada yg belum matang memahami demokrasi...

ANIM berkata...

kalau tengok banyaknya bendera satu parti tu kat kg saya mengajar... terfikir, deorang nak ke mengundi parti tu..sebab dah terang lagi bersuluh. kadang2 fikir, buat membazir saja tapi di satu pihak lagi, ada yang meraih rezeki berlipat ganda iaitu...si pembuat dan penjual bendera, hihi..sebab depa tak kisah buat bendera parti mana. janji duit masuk...

makchaq berkata...

Kat tempat makchaq pun meriah dengan bendera kati ja.. bendera lain belum nampak bayang lagi..

❤Kamsiah❤ berkata...

area tasik Raban tu banyak jual pekasam ,kan...tasik yg cantik dan damai..

ujang kutik berkata...

Sdr IM,

Melalui pengalaman saya, tiada perang bendera yang lebih hebat dari di Kelantan dan Terengganu.

Pasti lepas PRU ada yang sugul dan sedih kerana kemeriahan pilihanraya tiada lagi.

Namun,jangan kita suka sangat kerana sekarang ramai yang sedih kerana tidak dapat jadi calun atau digugurkan.