Halaman

Rabu, 10 April 2013

Burrpp....!


Berurut adalah sesuatu yang janggal bagi aku. Aku tidak tahan sakit bila di urut. Selalunya kalau ada sengal-sengal badan, aku biarkan ia baik sendiri. Nak bubuh minyak hangat pun aku tak biasa.

Masih ingat masa aku kecil dulu. Terjatuh dari pokok durian dan terseliuh bahu. Opah aku yang memang pandai mengurut, mengurut aku dan kemudiannya membalut lenganku dengan daun ini. Huu... Sakit tu usah cerita la. Dek sebab dia bernama Opah jadi aku hormati dia. Kalau tidak, mahu rasanya aku tumbuk Opah aku tu!

Berlainan dengan ibu_suri. Tadi dia meminta aku mengurut badannya yang sejak semalam asyik sengal. Selalunya, kesan dari urutan, si pesakit yang akan sendawa tanda angin keluar dari badan. Aku pula;

"Hisshh... abang ni. Orang lain yang kena urut, abang yang beriya-iya sendawa."

Agaknya, angin dari badan ibu_suri mengalir ke badan aku dan keluar burrppp...! Terasa lega...


9 ulasan:

smbotak berkata...

itu pun satu kebarangkalian jugak. atau pun, mengurut ni boleh jadi macam satu senaman atau urutan...

Kakcik berkata...

Kakcik juga jenis yang susah nak sendawa bila diurut. Tukang urut pulak yang beriya2 sendawa! :)

❤Kamsiah❤ berkata...

baru2 ni saya ada berurut,dh 7 th tak berurut...tukang urut cakap kena urut 3 hari...pas hari pertama,saya dah tak pi dah...sakitnya mcm nak terjerit2...

Ibu n Abah berkata...

IM..
Mmg lucu bila org yg mengurut berlebih2 sendawa
Sama mcm anak saya urut saya dia yg sendawa.....

Jay Ar berkata...

Masa JR mula2 kerja kat Penang dulu ada seorang tukang urut dari Sg Duri yg hampir setiap minggu JR pergi berurut dgn nya. Kali pertama mengurut sangat menyakitkan, kali kedua rasa agak lega, kali ketiga pula rasa mcm nak lagi. Lama2 dah jadi ketagih, hampir setiap minggu kena cari tukang urut kalau tidak badan rasa tak selesa. Hingga satu ketika JR bertukar keluar dari daerah itu dan lepas itu tak jumpa lagi tukang urut tersebut...

Anonymous one berkata...

AO biasa pegang kawan AO... pegang ja.. bluurrrpp hehehe dia banyak angin, AO rs dia malas begerak atau kesan ubat dia makan.

Situs Top Info berkata...

kunjungan perdana gan..
salam kenal dan sukses terus..
kunjungan balik ya..

Murni Alfathunnisa berkata...

lepas urut badan rasa ringan dan selesa..kan..

Bearcat berkata...

Dah lama tak pegi mengurut. Bestnya kalau diurut.

Pesan tukang urut, jangan mengurut guna minyak angin yang panas tu. Tak baik untuk kesihatan.

Seeloknya guna minyak gamat, minyak urut atau minyak masak kat dapur tu.