Halaman

Isnin, 6 Mei 2013

Cukuplah Pulau Pinang Untukku!

Baru terasa keletihan yang teramat sangat. Kepala sakit-sakit ditambah pula ' hati yang perit'. Apapun, usaha telah dibuat, hakikat kemenangan keseluruhan belum lagi Allah izinkan, aku terima dengan hati terbuka dan jantan.

Aku masih boleh berbangga lewat kemenangan PR di Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang. Buat masa ini cukuplah seorang satu negeri untuk terus dijadikan contoh negeri yang berintegriti, BersihHijau dan sayangi rakyat. Jatuhnya Kedah tidak sangat mengecewakan aku sebab sejak sedari awalnya aku sedikit marah dengan pergeseran pihak pentadbiran yang tidak mampu menyajikan kesatuan kepimpinan yang Islamik. Biarlah Allah berikan mereka tazkirah dengan kekalahan ini.

Bernasib baik kerana kerajaan Penang isytiharkan cuti bagi warganya hari ini. Boleh juga aku berihat panjang sementara kembali semula ke tempat kerja dan berhadapan dengan IQA odit Rabu nanti.

Aku dapat bayangkan bagaimana rakan-rakan sebelah sana akan berjumpa dengan aku kelak dengan wajah sinis. Aku akan tetap berdepan dengan mereka dengan senyum tawa namun hati ini tidak dapat bersembunyi dari  kata-kata: 

' Railah kemenangan kalian yang penuh tipu muslihat. Aku tetap berbangga dengan kekalahan ini yang aku raih dari titik peluh sendiri. '

Dan aku bersetuju sangat dengan kata-kata Tuan Guru:



18 ulasan:

BUNDA a.k.a KN berkata...

assalam, salam isnin/bercuti PRU..

Anonymous berkata...

raikanlah kemenangan dengan orang2 yang ingin menjatuhkan islam.bangsa yang tidak akan mengundi orang melayu islam sebaliknya orang melayu yang terheggeh2 menggundi mereka

S..U..D..@..I..S berkata...

Kita tidak kalah tapi belum menang

insan marhaen berkata...

bunda,
cuti di rumaah saja. hujan lebat sedari pagi.

tanpa nama,
insyaAllah, kerja-kerja agama untuk menyemarakkan syiar Islam akan tetap di teruskan. malah sekarang ini lebih mudah dan meriah berbanding sebelum 2008 dahulu yang sering dikekang dan ditekan.

cumanya rasa kasihan bila terkenang di negeri-negeri lain yang tidak berkerajaan pr.

sudais,
betul tu. sejuk hati membacanya...

Murni Alfathunnisa berkata...

alangkah baiknya jika "kita" bersatu. kemenangan juga pasti milik kita..seperti "mereka".

faizah berkata...

Sedih juga.

Anonymous berkata...

baca blog dr ridzwan diharap penulisan blog ini ada kesedaran kesilapan yang anda lakukan

AZNI BINTI MAT ISA berkata...

Assalamualaikum IM,
Apa pun, kita tetap pada Dia Yang Maha Esa. Semoga kita semua selalu ingat dan taat pada Nya.

Anonymous berkata...

hairan sungguh..boleh berbangga lagi dengan kemenangan pihak lain..

Anonymous berkata...

kesian anda.menang sorak kampung tergadai tiada apa yang orang melayu hendak raikan.

insan marhaen berkata...

Murni,
Ya.. Indahnya kalau kita dapat bersatu atas nama Islam yang syumul ini.

faizah,
Mak IM pesan; kalau sedih jangan hingga menangis. Kalau gembira jangan hinga ketawa terbahak-bahak.

Tanpa nama II,
InsyaAllah, akan IM cuba cari dan baca. Kalau diberikan link lagi baik.

Azni,
Itu semestinya. Kalau atau menang, Allah adalah sandaran kita.

Tanpa Nama,
Kemenangan jika diraih melalui angkara tipu muslihat tidak siapa pun akan terima.

Anonymous berkata...

blog dari ridzwan. http://ridzwan-bakar.blogspot.com/2013/05/bersatulah-bina-negara.html?m=1

insan marhaen berkata...

Tanpa nama,
Alhamdulillah. Saya dah baca tulisan beliau.

Secara umumnya IM berpandangan bahawa beliau masih mempunyai kerangka pemikiran kebangsaan (Melayu)yang pekat.

Saya mempunyai ramai rakan berbangsa India dan Cina beragama Islam. Ada sesetengah mereka Islam mereka lebih hebat dari IM.

Di dalam NGO IM adalah satu biro yang ditugaskan khusus untuk berdakwah kepada masyarakat majmuk.

IM juga ramai kawan berugama Budha dan Hindu yang baik sikap mereka dan matang pemikiran mereka sebaliknya ada juga ramai rakan Melayu yang menipu ( bapa mertua IM baru saja kena tipu RM30ribu )dan kaki gaduh.

Maksudnya, bukan semua Melayu itu baik dan bukan semua bukan Melayu itu tidak baik.

Apa yang kita perkata dan perjuangkan sekarang ialah budaya pemikiran dan sikap yang matang dan benilai tinggi.

islam mengajar kita menghormati sesama manusia di dunia ini selagi mana mereka itu baik. Dan menentang mereka jika mereka melakukan kerosakan.

Anonymous one berkata...

betul, Kedah adalah satu muhasabah.. saya menerima ini semua dengan hati terbuka..

faizah berkata...

Tumpang baca...

Anonymous berkata...

sekurang2 sesama islam yang mendoakan kita , membaca yasin untuk kita, bila kita mati sedang orang kafir tidak..waima baik sekalipun mereka tidak dapat balasan diakhirat jika kita sesama islam menipu,bergaduh,sanggup tolong orang kafir dari islam baalsannya didunia dan akhirat,banyakkan bertanya dengan sedara melayu islam kita diSingapura betapa kita tak pernah bersyukur akan nikmat yang Allah berikan dan betapa rasicnya pemimpin mereka terhadap orang melayu islam

singa muslim berkata...

saya orang melayu islam singapura. fahami apa erti racist. yaitu yang perjuangkan bangsa. walhal muslim kena perjuangankan kebenaran. orang islam akan sentiasa bekerjasama dan bergabung dengan mereka yang ingin menegakkan kebenaran.

Anonymous berkata...

alangkah nabi pun sayangkan dan bangga dengan bangsanya..kita kena sayang bangsa dan ugama kerana orang melayu jadi kuat kerana kita menganuti ugama islam...baca blog Ust amin.....