Khamis, 9 Mei 2013

Terima Kasih!


Tadi, aku bawa ibu_suri siar-siar di Seberang Jaya. Singgah disatu kedai serbanika untuk beli minyak masak. Hajat hati nak bertukar kepada minyak jagung tapi melihatkan harganya 3X lebih mahal, aku akhirnya aku  memilih minyak Seri Murni.

Di tepi aku ada pekerja kedai sedang menukar tanda harga pada beberapa jenis barang.

"Banyak juga harga barang yang naik!" serunya.

Aku senyum saja. Memang tak ada mood nak bercakap sebenarnya hari ini. Ceceran ibu_suri yang berbagai buat aku tidak bersemangat. Odit yang aku hadapi pagi tadi juga menyumbang kepada kegersangan semangat ini.

Apapun, dalam hatiku berbisik;

'Terima kasih rakyat Malaysia yang memilih kerajaan baru ini. Menolak tawaran tol mansuh dan harga minyak turun yang mana sekaligus dijangka akan menurunkan semua harga barangan maka terimalah teori harga barang akan terus naik.'



3 ulasan:

Anonymous berkata...

Pak IM, barang barang di negara jiran kita singapura indonesia thailand lagi mahal. Sebab tu barang barang kita selalu kena seludup keluar.....terutama minyak....

Jay Ar berkata...

BN perlukan penjenamaan semula utk disesuaikan dgn konsep Barang Naik....

insan marhaen berkata...

Tanpa Nama,
Rakyat Malaysia berhak mendapat harga barangan yang murah lebih-lebih lagi jika bahan mentahnya dikeluarkan oleh negara sendiri.

Dalam masa yang sama Pasukan Pencegah Penyeludupan perlu dipertingkatkan intergriti dan sistemnya supaya mampu mencegah.

JR,
Penjenamaan semula tidak penting sangat jika cara kerja masih ditakuk lama.

Jika kerja yang dibuat itu lebih baik dari masa ke semasa secara otomatisnya nama lama itu akan beransur menjadi segar semula.