Halaman

Isnin, 22 Julai 2013

Biar Angin Itu Keluar

Selesai berbuka puasa dengan memakan 3 biji kurma dan beberapa teguk air kosong, ibu_suri bangun seraya mengajak aku bersembahyang Maghrib dulu. Aku yang sambil menunggu masuk waktu berbuka tadi, membuka laptop dan menonton video klip kisah Joe berpuasa, terpaksa pause dahulu lalu ke bilik membentang sejadah.

"Eh, you bukan kent** ke tadi...?"

"Laa....." keluhku sambil ketawa terkekeh-kekeh.

Dan bukan main lagi ketawa ialah ibu_suri yang sesekali kelihatannya seperti ketawa anak-anak kecil.

Sebenarnya, aku tadi bukan saja terkent** malah memang belum pun ambil air sembahyang. Apa punya turrr..

Balik dari kerja, terus sahaja ke dapur meletakkan kuih-muih yang aku beli ke dalam piring sambil membancuh kopi pra campuran jenama Agro Mas yang berasaskan Habbatus Sauda. Tidak lupa sekotak kurma dari Tunisia.

Sementara menunggu waktu masuk, aku membuka laptop sementara ibu_suri menonotn Upin Ipin. Masa itulah aku terkent**. 

"Hisshhh... you ni.@#$% " sergah ibu_suri sambil menutup hidung.

"Biaq pi angin tu keluar. Tak elok di tahan-tahan. Nanti dia pusing-pusing kat dalam perut macam you lagi leceh," merujuk pada ibu_suri yang 2-3 hari ini asyik mengadu sakit perut dan berulang ke tandas.

5 ulasan:

smbotak berkata...

Biasa lepas berbuka, mesti saya rasa nak terbuang angin. Sebab tu memang tak berani makan sampai betul2 kenyang. Takut terlepas masa terawikh karang, naya je...

faizah berkata...

Prihatinnya ibu suri... kalau IM terlupa, dia ingatkan... kalau terlambat, dia ajak...

❤Kamsiah❤ berkata...

saya cukup 'geram' kalau org kentut tak kira tempat,tak kontrol2..depan org..dalam kereta...tp ada yg menjawab..dah tu,takkan nak tahan2..

insan marhaen berkata...

smbotak,
IM kalau makan terlalu kenyang, mula la nak berlengkar. Sejak seminggu ini IM makan kurma kemudian sembahyang dan lepas itu makan kuih-kuih sahaja. Sejam 2 lepas itu baru makan berat.

faizah,
Kekadang, bila difikirkan, keadaan ibu_suri masakini lebih baik dari sebelumnya kerana sekarang ini ibu_suri amat jaga ibadahnya berbanding dulu.

kamsiah,
Macam IM... lebih suka buang sebab kalau simpan nanti takut mudarat dalam badan.

man berkata...

Ooo...biasa lah 2