Khamis, 26 September 2013

Abangggg... I Love You!

Dapat gaji hari ini. Tapi 1/3 daripadanya awal-awal lagi akan terpaksa aku berikan kepada Along dan Angah kerana keperluan mereka yang perlu aku bantu. Aduhai...

Bulan ini cukai jalan Kancil ibu_suri dah mati. Kena perbaharui cepat-cepat sebelum ibu_suri perasan. Jika dia tahu nanti, lagi susah nak menjawap soalannya yang berubi-tubi datang.

Bulan ini juga akan datang Hari Raya haji. Duit lagi tu. Pastinya ibu_suri akan suruh masak rendang. Beli lemang. Beli kuih. 

Termenung aku memikirkan kekangan hidup ini yang sejak anak-anak aku kecil hinggalah mereka dah bekerja, masih juga tidak merasa kelapangan. Dimanalah silapnya aku ini!

Akhmal setiap hari paling RM15 duit poket, Banyak kadangn ya mencecah RM25. Anagh selalu bertanya kenapa duit ayah cepat surut. Aku cuma bagitahu dia bahawa kalau mulut ayah sorang yang nak disuap RM10 sehari pun dah cukup. Tapi ini, bukan mulut orang saja, mulut kereta, mulut tol, dan ntah apa mulut lagi juga perlu disuap.

Tapi kut manapun hidup perlu diteruskan. Segala kepayahan mesti dihadapi. Mahu tidak mahu aku kena terus berjalan dan fikir bagaimana untuk terus menyambung kehidupan.

Mungkin sebab terlalu banyak keresahan di dada ini membuatkan aku tertinggi suara sedikit bila merasakan ibu_suri terlalu banyak meminta itu dan ini. Kekadang terasa seperti setiap minit dia akan meminta aku, memanggil aku atau paling tidak berkata...

"Abanggg... I love you! "...

Yang mana aku mesti memalingkan muka melihat wajahnya dan membalas dengan kata-kata yang paling tidak...

"I love you too...!"

Bila suara aku meninggi, ibu_suri akan bertanya aku;

"Abang why you tinggikan suara sedangkan I cakap lembut-lembut dekat you?..."

Huuuuu....... Sesekali terasa amat rimasnya aku! Tu yang kekadang terasa seperti mahu pergi jauh-jauh untuk melupakan semua ini.

Minggu depan grup usrah aku akan mengadakan mukhayyam. Aku teringin nak pergi tapi bila aku ajukan pada ibu_suri tadi, awal-awal dia kata.... No! No! No!

13 ulasan:

JR berkata...

Rasanya semua org menghadapi masalah yg sama. Saya juga!! Biar tiap tahun gaji naik, tapi ia seperti tak pernah mencukupi. Ada2 saja takdir yg menyebabkan wang itu habis. Tapi apa pun bersyukur pd Tuhan, kerana sesempit2 kita masih dpt makan paling kurang 3 kali sehari, berpakaian masih seperti orang dan di rumah ada kenderaan untuk teman berjalan, alhamdulillah....

Tanpa Nama berkata...

Dalam sakit2 dia sempat lg dia mnunjukn sifat romantik dia..sifat manja...kesian dia jgk...kesian I'm jgk..moga I'm sntiasa dberi ksabarn yg tggi dlm mghadapi sgala cabaran kehidupn.

insan marhaen berkata...

JR,
Kekadang terasa malu dengan rakyat Gaza yang khabarnya makan sekali sehari ...

Tanpa Nama,
Memang antara perubahan sikap ibu_suri sejak menghidapi sindrom mood disorder ini ialah bercakap guna BI dan mahu bermanja dan dimanja...

ANIM berkata...

senyum saya baca entry IM ni...tak tau kenapa. saya membayangkan apa yang ada dalam fikiran ayah saya sewaktu saya minta duit beli itu ini (dia ada 11 anak dan ibu saya tidak bekerja) dan membayangkan pula apa ada dalam fikiran suami saya bila saya berhenti kat mana2 kedai atau membelek lama satu2 barang yg saya berkenan...sungguh, sedikit sebanyak, ada yg dapat saya pelajari..

makchaq berkata...

Besaq periuk besaq la keraknya.. nilai duit pulak makin hari makin rendah.
Banyaknya IM peruntukkan utk Akmal setiap hari, dia kerja kat mana la ni?
ibu_suri ni manja orangnya..tapi dia pun tau, manja pada yang sayang...

Tanpa Nama berkata...

Baguslah gitu I'm...memanja n dimanja psgn..bahagia gitew..seronok dgr.tpi hal yg ckp bi ni.sblom sakit ibu suri mmg pdai spikin ke

insan marhaen berkata...

Tanpa Nama,
Sebenarnya, semasa ibu_suri masih sihat, kami berkomunikasi dalam bahasa penang saja di rumah. ibu_suri masa itu adalah guru tadika dan mengajar subjek matematik dan sains ( kan subjek itu perlu di ajar dalam BI? ).

Jadi bila ibu_suri sakit, seoah-olah sebahagian dari perkataan BM dalam otak ibu_suri hilang dan diganti dengan BI.

Contoh ibu_suri tak jumpa perkataan aci nyorok dalam fikirannya tetapi menyebut hide and seek. atau seluar disebut pants.

malah bila bercakap dengan emak dia pun bercakap dalam BI.

pelik tapi itulah kenyataannya...

Tanpa Nama berkata...

Oo yeke..fakta yg hebat tu..kira loni I'm lah yg kena asah ilmu bi..hehe

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Unknown berkata...

Bila tukag nama blog. Saya tertinggal bas ni

Unknown berkata...

Bila tukag nama blog. Saya tertinggal bas ni

Unknown berkata...

Bila tukag nama blog. Saya tertinggal bas ni

Unknown berkata...

Bila tukag nama blog. Saya tertinggal bas ni