Dah jam 1 lebih rupanya. Terasa lapar. Singgah kat kedai makan tepi Masjid Kubang Semang. Makan nasi lemak dengan Radix tarik.
Sebenarnya, tadi aku pergi usrah di Surau Taman Pelangi seperti selalunya setiap Selasa. Usai usrah, aku singgah di Petronas Juru. Tiba-tiba talipon aku bergegar. Akhmal...
"Ayah, Akhmal kena tahan polis!"
Pulakk.......
Aku suruh dia relaks saja dan ikut arahan polis yang mahu bawa dia ke IPD Perda. Namun, semasa memandu, otak aku pulak tak rileks. Asyik berfikir kes apa pula siAkhmal kali ini.
Sesampai aku di IPD, ternampak tangan Akhmal bergari. Aku yang dah mangli dengan situasi begini cuba cool dan pergi ke kaunter, bertanyakan duduk perkara sebenar. Akhmal baru saja menjalani urine test. Alhamdulillah... negatif.
Rupanya Akhmal ditahan di Alma. Masa itu polis sedang membuat rondaan. Ternampak Akhmal ini angkat motor. Haaahh... Memang tempah penyakit namanya.
Ada beberapa isu lagilah yang berlaku sebelum pegawai polis membuka gari di tangan Akhmal. Berkilat-kilat dan keras gari itu aku tengok.
"Dah makan?" tanyaku pada Akhmal sebaik saja keluar dari gerbang IPD. Geleng kepala.
Aku pun lapar sebenarnya. Lapar sedari hadiri usrah lagi tapi bertahan sebab ingatkan nak bawa ibu_suri makan sama sebaik balik nanti. Mana tau... tersadai pula kat sini!
5 ulasan:
Wahai Akhmal. Tak ada belas langsung kamu kepada org tua mu.
kadang orang macam akhmal selalu di salah erti. dan selalu jugak dia berada di tempat dan masa yang tak sepatutnya. minta dipeliharakan...
masih meneliti jalan cerita..lum abis lagikan
lepas makan baru boleh tanya..
IM rasa Akhmal menunjukkan tanda-tanda positif ke arah perubahan perangai. Cuma beri dia sikit masa dan kepercayaan.
bukan mudah nak ubah perangai. Sedang orang tua pun tak boleh tinggal rokok walaupun tahu itu bahaya!
smbotak,
Memang. Akhmal agak wanted di sini. Kalau ada apa-apa kes, polis atau masyarakat sini akan pandang dia dulu. Kekadang itu yang buat dia seperti putus harap.
TA,
errr.... citer tu takat ni je. hari lain, tak tahu citer apa pula.
anim,
lepas makan bayar aje la jawapnya. tanya pun tak boleh ubah apa-apa...
Catat Ulasan