Masuk kali ini dah 2 orang mengatakan iras aku persis Zahid Hamidi. Argghhh... kat manalah agaknya persamaan itu?
Yang lagi menggaru-kepalakan aku ialah ke 2-2 mereka itu rakan sekerja berbangsa Cina. Setiap kali aku bertembung dengan mereka baik di lif atau di loker baju antistatik ( smock ), mereka akan menyakat aku;
" Hello Datuk Zahid... Ada bertanding ka kali ini?"
Semasa aku lepasan sekolah menengah dulu, ada jiran sekampung mengatakan aku macam Othman Hamzah. Setiap kali aku lalu depan rumah mereka dengan basikal untuk pegi kerja, mereka akan berkata;
"Haa... tu. Othman Hamzah lalu...."
Kata orang - Biar ditimpa perasaan asalkan jangan ditimpa perasan...!
6 ulasan:
Sebenarnya, ramai yang seiras kita ada di mana-mana. :)
haha..saya ingat saya seorang je perasan!!
2 abdul kata ummi dia ni macam prof.muhaya..heee
takde sapa nak kata ke...saya ni iras2 dato Siti hehe...
betul atau kebetulan..org selalu cakap...ada 7 org yg seiras wajah kita...entahlah..
Yelah I'm...bru perasan yg muka I'm de iras zahid tu...sesuai sgt kalu jd adik dia..masalahnya adik dia sdri pun muka x sama dgn dia..hehe
Pernah satu Majlis Jamuan Aidil Fitri ada beberapa orang datang minta bantuan peruntukan mereka panggil saya Dato' Seri.
Masa pergi ke Johor 2 tahun lepas anak perempuan saya pernah hampir2 menarik tangan seorang lelaki dekat KFC yg disangkanya saya. Bila saya melihat wajah lelaki itu, masyaallah, seperti melihat potret diri sendiri....
Catat Ulasan