Aku ntah kenapa cukup tidak ada mood hari ini. Di tempat kerja maupun setelah balik ke rumah. Terasa seperti mahu pergi jauh-jauh dan bersendirian merenung diri.
Akhmal ada di rumah. Aku agak dia dah tak pi kerja despatch itu. Sebaliknya, ikut kata dia, dia kerja di restoran belah malam. Restoran apa kerja belah malam saja?
Semalam sepatutnya dia lapor diri di Parol, Kepala Batas jam 10 pagi tapi dia sampai jam 12 tengahari.
"Pegawai Parol tak marah?"
"Mau nya tak..."
"Dah nya merayap malam-malam,; Subuh baru balik. Mana taknya bangun ninggi hari.." rungutku.
Aku juga hairan melihatkan aksesori yang ada pada dia seperti kad prepaid, minyak wangi, krim rambut... mana dia dapat duit untuk beli semua ini. Takkan dengan duit kocek RM15 yang aku beri tiap hari cukup untuk semua ini?
2 hari sudah dia kena saman polis sebab pasang nombor plet motor bahagian belakang tak ikut spesifikasi yang dibenarkan oleh JPJ. Aku dah warning dia awal-awal lagi yang plet begitu salah tapi dia buat tak endah.
Terbang RM70. Bukan duit dia tapi duit ayah dia...
Ntahlah si Akhmal ini. Tak ok lagi nampaknya!
7 ulasan:
IM..kadang2 saya sendiri 'geram' dgn sikap Akmal...kesian si ayah yg menaruh harapan agar sianka berubah...ibu yg tak pernah putus kasih sayangnya...tp dia seolah tak mahu berubah..
Alahai Akhmal...berubahlah, nak...
Kesian kat ayah dan ibu.
Entahlah, IM... tak tau nak kata apa. Doa yang terbaik unt Akhmal.
Sesekali apabila menghadapi kerenah anak2.. teringat seorang kawan yang selalu berkata: "you reap what you sow"
Selain dari itu, terngiang2 juga..
"Anak-anak yang lahir ibarat kain putih....."
Beza antara musibah dan ujian.
Bersangka baiklah dengan Allah.
Saya pun selalu juga berfikir sendirian, IM...
Harap IM lebih meneliti perbuatannya.. jika boleh gi intai apa dia buat.. bukan nak buruk sangka tp sajer nak tgk.. betul ke tak apa dia buat.. huhu
Berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul.
Insyaalah IM, doakn yg baik2 utk Akhmal. Allah menguji hambaNya dgn pelbagai cara. Akhmal salah satu cr Allah menguji IM.
setiap usaha yang kita lakukan, Allah pandang IM..
doa,nasihat, pujukan...cuma mungkin Allah masih menguji lagi..
saya dulu pun nakal juga zaman remaja. Alhamdulillah, bonda cukup sabar orangnya..saya yakin bantuan Allah ke atas kesabaran dan doa bonda itu, membentuk diri saya skrg
Catat Ulasan