Halaman

Sabtu, 28 Disember 2013

Mabuk Tidur

Aku harap hasrat untuk balik kampung tertunai hari ini. Itupun jika ibu_suri sudah puas tidurnya.

Dah 2 hari ibu_suri asyik tidur. Pantang letak kepala di katil, berbunyilah dengkurnya. Aku faham, bila begini... 'mabuk' tidurnya dah datang. Aku akan tutup pintu bilik supaya kedap bunyi.

Kalau cucu menakan datang nak bermain dengan Marissa, aku suruh depa balik. 

"Opah tidur. Tak mahu bising-bising..." beritahuku.

2-3 hari sebelum itu ibu_suri lansung tak tidur. 24 jam atau 36 jam, matanya terkebil-kebil tanpa rasa mengantuk.

"Habis, ibu buat apa malam-malam?" tanya anak saudaraku.

"Berjagalah, tengok gelap." jawapku.

Manalah aku tahu apa yang dia buat sebab aku pun dah zzzzZZZZZZZ..... Kalaupun aku perasan ialah kekadang dia geletek aku. Kalau tersedar, aku marahlah juga. Tapi ibu_suri terkekek ketawa. Kekadang dia tutup hidung aku, aku bernafas ikut mulut. Bila dia tutup kedua-duanya, aku mendengus...

Memang kena banyak sabar. Bukan saja banyak tapi banyak-banyak. Sebab itu aku selalu berbisik di hati, tak ada orang lain yang mampu menjaga dia selain aku. Tidak mak atau abah dia, tidak juga anak-anaknya. Jauh sekali adik beradiknya.

Pelan aku memang nak balik kampung hari ini, tengok mak. Nak repair socket outlet kat dapur rumah mak yang dah daif. Nak belikan mak toto kecil habuan ganti toto mak sekarang yang dah kusam. Toto kecil itu mak gunakan untuk lapik punggung bila mengesot.

Mak aku memang seorang yang tinggi ketabahan dan kesabarannya. Aku rasa aku sedang mewarisi ketabahan dan kesabaran mak. 

Mak dulu sabar tatkala menjaga abah yang menghidap skizofrenia. Kini giliran aku pula menjaga isteriku yang kalau pun tidak sama tapi hampir sama sindromnya seperti abah.

Dunia ini Memang bulat, kan?

4 ulasan:

❤Kamsiah❤ berkata...

qada tido nampaknya ibu suri ya...tak dapat bayangkan keadaannya ketika tak boleh lelapkan mata..

smbotak berkata...

pandai buat wiring ke? kalau saya tukar soket sendiri, dah kira orait sangat tu.

Jay Ar berkata...

Allah memberi nasib tak sama pd setiap org. Tapi pada setiap yg baik atau kurang baik, pasti ada hikmah di sebaliknya....

wati berkata...

Mmg pun IM punya tahap kesabaran yg tinggi disertai dgn sifat kasih syg d simpati