Halaman

Ahad, 16 Mac 2014

Erti Kehidupan

Buat beberapa hari ini, keletihan buat aku tumpul idea untuk menulis blog. Letih riadah, letih layan ibu_suri dan letih memikirkan hal Akhmal. Hari ini pun, aku paksakan diriku tercatuk di depan komputer. Terasa banyak kisah hidup aku terbengkalai, tak dirakam.

Semalam, dompet dan taliponnya tercicir ntah di mana. Esok terpaksa ambil cuti untuk perbaharui cukai jalan motor, buat k/p baru dan lesen beliau. Pertengahan bulan pulak tu...

Hari ini, sepagian aku di Pejabat IKRAM, Seberang Jaya menghadiri daurah. Penat juga otak ini memproses pengisian yang aku kira berat. 3 topik yang dibentang ialah Qawaid Dakwah, Tarbiyyah Rabbaniah dan idealisma.


Walaupun kebanyakan yang hadir itu rata-ratanya generasi muda mahasiswa, namun aku cekalkan hati untuk duduk sama rendah di kalangan mereka. Aku harus terima hakikat bahawa aku terpaksa lalui semula semua proses tarbiyah IKRAM ini sedari mula. Aku banyak tertinggal kerana menumpukan 100% perhatianku pada ibu_suri sejak 2008, tahun ibu_suri di serang Ahmar.


Tidak mengapalah. Kenyataan tetap kenyataan. Dan itu bukan alasan untuk aku tidak lagi berkecimpong di medan dakwah. Ini adalah medan yang aku gelumangi sejak mula menjejak kaki di Pulau Pinang. Gelanggang yang banyak mengajar aku akan erti hidup dan kehidupan.

Okeylah, nak mandi dan sembahyang. InsyaAllah, ke Sungai Petani pula, belanja ibu_suri makan ais kacang kat Pokok Asam, tak jauh dari sekolah Along dulu. Hujan renyai-renyai saja nampaknya, di luar. Syukur!

5 ulasan:

smbotak berkata...

Dengarnya, pemilik yang kehilangan mykad disebabkan cuai akan didenda. Alamak...

Jay Ar berkata...

Hebat IM dan Ibusuri, nak makan ais kacang pun pi sampai ke SP. Saya kalau teringin nak makan ais kacang cari yg dekat2 rumah saja, 10 km dah rasa sangat jauh dah....

❤Kamsiah❤ berkata...

saya kagum dgn IM yg sentiasa melayan kehendak dan selera isteri..

makchaq berkata...

Mahai jugak tu kalau nak buat ic baru...tak payah la buat cepat sangat, mana la tau ada rezeki orang jumpa depa hantaq balik..
anak makchaq pun pernah jadi, orang jumpa dapat balik, duit x dak la.. tapi semua yang lain dpt balik..

insan marhaen berkata...

sm botak,
Akhmal ada kat OKU. Haraap-harap ini boleh membantu.

JR,
Kalau akal kita yang normal ni memang fikir gitu. Tapi akal ibu_suri yang selalu di rujuk ke unit mental HBPP ni susah kita nak bagi dia faham.

Kamsiah,
Ya... Sebab itu IM selalu doakan muga Allah selalu beri kekuatan dan kesabaran tahap tinggi demi menjaga kelansungan keutuhan rumahtangga IM ini.

makchaq,
Hari ic Akhmal hilang ialah hari dia nak pergi interview kerja. Bukan saja ic, lesen motor dia juga hilang.