Jumaat pertama aku solat Jumaat di masjid taman aku ini sejak bersara. Berbeza solat Jumaat di Masjid Bayan Baru masa masih kerja sebelum ini - pantang duduk saja dalam saf asyik nak pejam mata.
Lepas solat, bersama kami buat solat jenazah. Al marhum tinggal di Lorong 43. Terasa kerap pula ada kematian di taman ini. Malam semalam pun aku diberitahu masa lepas solat Isyak, ada jemputan kenduri tahlil.
Lepas selesai solat ba'diyyah Jumaat, aku balik ke rumah berjalan kaki. Terasa tenang sebab tak perlu tergopoh gapah macam sebelum untuk bergegas ke tempat kerja. Sambil berjalan berfikir bahawa Allah sebenarnya masih memberikan aku kesempatan untuk hidup; untuk bersyukur dan untuk berbuat ibadah. Mempersiapkan diri dalam masa menanti giliran aku pula disembahyangkan sepertimana jenazah tadi. Aku masih diberi nasib baik oleh Tuhan bebas dari tekanan kerja.
Bersara tatkala kesihatan masih baik dan waras sedangkan ada rakanku yang lain menderita sakit buah pinggang, diabetis mahupun jantung. Syukurlah... dan berikanlah aku hidayahMu, Tuhan!
2 ulasan:
Boleh praktik.. ke masjid dan balik masjid ikut jalan lain-lain spt yang dilakukan oleh Rasulullah saw.. :)
IM, perancangan Allah itu yang terbaik unt kita. Berkat kesabaran selama ini, Allah buka jalan untuk IM bersara awal dan dpt meneruskan aktiviti disamping menjaga ibu_suri.
Faizah,
Jalan itu yang terdekat. Jalan lain, jauh la pulak...
Catat Ulasan