Sabtu, 18 Oktober 2014

Any Idea?


Aku semakin bimbang dengan tahap kesihatan ibu_suri. Berat badannya semakin bertambah. Kira, pusingan jarum penimbang di Unit Psikiatrik tu berputar semula ke angka 0 la.... 

Berjalan dari foyer HBPP ke tingkat 2 kelmarin itupun sudah cukup menyakit dan memenatkan dia. Menambah bimbang aku, kalau-kalau dia terjatuh sewaktu menaiki dan menuruni tangga.

Kawal diet? Dah cuba. Kalau budak kecil bolehlah aku sergah sergah atau paksa. Exercise? Juga dah cuba. Sebaliknya, dek berat badan, ianya hanya menambah dera kepada lutut, pinggang dan pinggul. 

Susahnya dengan ibu_suri ini ialah kerana sindrom separa normalnya itu. Larang lebih lebih sangat nanti dia merajuk atau 'naik angin'. Cukup cukuplah dengan apa yang telah aku lalui semasa ibu_suri di era kemurungan dan bipolar disorder  5 tahun dulu.

Any idea luar kotak?

6 ulasan:

Bearcat berkata...

IM, masalah ibu_suri boleh dikawal bermula dengan kawalan diet yang sihat. IM yang masak untuk ibu_surikan? Ramai yang salah faham bila sebut diet disamakan dengan tak makan. Silap tu. Cuma kena rajin lah IM hehe.

Tanpa Nama berkata...

mungkin nasihat abang IM dah biasa dia dengar, dah takde kesan. ada tak kata-kata sesiapa yang dia akan ambik perhatian? contohnya cucu. cucu saudara pun boleh, asalkan comel. sejuk sikit kot dengar budak2 punya cakap ni. hehehee...

sud@is berkata...

Saya stuju dgn smbotak. Munkin emak IM boleh tolong nasihat pelan2. Kot dgn mak mentua ibusuri malu alah

Tanpa Nama berkata...

Jangan sampai kena gout kalau tidak lagi susah...

NzA berkata...

salam IM...hujung minggu lepas suami saya bawa ke sebuah pusat rawatan "Ceragem"...semasa disana saya sempat bersembang dgn beberapa orang makcik yang alami masalah strok, sakit saraf dan lumpuh bertahun-tahun lamanya..dari kisah yang saya dengar sendiri dari mulut makcik2 tu Alhamdulillah mrk dah boleh berjalan dan bertambah sihat...Cuba IM search ada ke tak pusat rawatan/terapi di area sana...Perkhidmatan adalah percuma.....Manalah tahu kot serasi dengan ibu suri......

insan marhaen berkata...

bearcat,
masalah ibu selain ap yang dia suka makan/minum ialah kuantiti makann yang dia nak. 'tangki'nya besar disamping tak aktif...

sm botak,
betul juga kata tuan tu. IM baru teringat untuk minta pihak klinik bawa dia ke ceramah pemakanan. IM pasti ada...

sud@is,
sebenarnya, mak IM dengan ibu_suri tak berapa ngam. Itu satu masalah lain pula..

tanpa nama,
hmmm... ghout rasanya tak masuk dalam masaalah kesihatan ibu_suri. ianya lebih kepada berat obesiti..

NzA,
bagi IM, masaalah stroke ibu_suri setakat ini ok. cuma nak kawal pemakanannya, itu yang bermasaalah.