Halaman

Selasa, 27 Januari 2015

Episod Hidup


Buat sementara waktu, Akhmal dibebaskan dengan ikat jamin RM yang agak banyak juga. 

Semasa dalam perjalanan balik, berbagai nasihat aku hamborkan kepada dia. Tak tahulah sejauhmana ianya hinggap ke hati atau sekadar masuk telinga kiri dan tembus ke telinga kanan.

Aku tak beritahu 100% apa yang berlaku pada ibu_suri. Malah atas kes apa Akhmal ditahan dan bagaimana dia boleh dibebaskan juga aku tak bagitahu. Susahnya kepada aku juga jika dia tahu. 

Cuma yang dibagitahu, 30hb Mac nanti Akhmal kena naik sekali lagi ke mahkamah.

Huh... macam nilah episod kehidupanku menjelang hujung waktu!

4 ulasan:

mokjadeandell berkata...

Semoga dipermudahkan urusan.

❤Kamsiah❤ berkata...

hanya kesabaran yg dimiliki mapu mengatasi segala gundah gelana ini..

Kakzakie berkata...

Begitulah tanggungjawab sebagai ibu-bapa akan terus digalas selagi ada hayat kita...

Moga ada keinsafan dlm diri Akhmal.

JR berkata...

Sepatutnya ketenangan yg dicari di penghujung usia tapi kadang2 Allah menguji kita dengan sesuatu yg berat. Mungkin segalanya ada hikmah dan ganjaran dari Allah yg kita tak tau bila ia akan datang...