Khamis, 12 Februari 2015

Siapa Boleh?

Aku terima sms dari adikku - Mamat kelmarin tapi aku belum lagi menjawapnya hingga ke hari ini. Isi sms itu meminta - sesiapa diantara abang-abangnya (aku pasti sms itu dihantar secara pukal kepada semua abangnya termasuk aku) yang boleh menghantar mak ke klinik pada 24hb ini?

Jauh lagi tarikh itu dan aku tidak nampak sejauhmana jadual aku di hari itu. Justeru itulah aku masih belum ada jawapan.

Kalau bolehlah pasti jawapan yang mahu aku berikan ialah - Yop boleh hantar mak ke klinik. Kamu jangan risau!

Seumur hidup mak sejak mengalami kelumpuhan ini tak pernah sekalipun aku menghantarnya ke klinik untuk rawatan rutinnya. Sadis kan?

Jadi, dalam hati kecil aku ini memang meronta-ronta rasa mahu merebut peluang keemasan untuk berbakti kepada mak.

Tau apa respon ibu_suri bila aku ajukan hal ini kepadanya semalam?

"Awat... takda orang lain ke yang boleh hantar mak ke klinik?"

"Kenapa mesti tanya orang lain? Itukan mak abang. Sebagai abang yang paling tua, sepatutnya abanglah yang memikul tanggungjawap menjaga mak. Mamat tu dah terlalu banyak berkorban menjaga mak. Kenapa tidak kali ini abang berkorban pula. Lagipun, abang bukannya kerja lagi. Tak ada alasan untuk tidak ada masa nak bawa mak ke klinik. Sekali ni saja."

Sambung ku lagi..." sepatutnya kita berebut-rebut menjaga mak yang telah melahir dan membesarkan kita; bukannya menuding kepada orang lain. Macam mak you juga, kenapa setiap minggu abang selalu ajak kita balik tengok mak you kat Gelugor sana? Sebab peluang keemasan yang masih ada inilah. Janganlah bila mak abah dah mati baru kita menangis menyesal..." ...panjang dan penuh emosi pula leteranku itu.

Aku cuba mencongak. Nak bawa mak mestilah awal pagi sedangkan aku sampai Ipoh dari Penang pun memakan masa 4 jam... tentu terlambat. Nak tidur sehari awal di rumah mak, memang susah kerana kemudahan di rumah mak untuk ibu_suri tak sama seperti di rumah sendiri.

Nak tidur hotel.... juga masih sedikit payah. Huuu.... inilah yang sedang berlegar di benak!


p/s: kisah bagaimana aku mula kenal ibu_suri dan cabarannya...  baca sini.

6 ulasan:

mama maman aka yana berkata...

sabar IM.. sy sokong IM utk menbantu ibu wlpun kekadang banyak benar dugaannya.. moga2 ALLAH permudahkan urusan IM.. amin.

AMIIZAA@Mieja berkata...

salams uncle, semoga dipermudahkan semuanya insyaallah

iryantyismail berkata...

kekanan penting..kekiri pun penting..sana mak..sini isteri...

tapi seorang suami syurga nya dibawah kaki ibu...sampai bila2 tanggungjawabnya tak purus..lebih2 lagi anak sulung....

semoga ibu suri lembut hati yer im..amin..jangan putus asa sembahyang hajat dan tahajud..insyallah ALLAH bagi petunjuk jalan...amin..

JR berkata...

Salah satu peluang yg saya gagal merebut untuk aruah emak saya ialah menjaganya ketika dia sakit, memasak untuknya, memberi dia ubat, sesekali menyuapkan makanan ke mulutnya. Walaupun pernah tinggal serumah dengan kami, tapi itu ketika emak sihat. Dan sekarang Allah memberi apa yang saya harapkan - saya kini menjaga ibu mentua, setiap hari menyediakan ubat untuknya, curi masa untuk memasak untuknya dan kadang2 menyuap makanan dan minuman ke mulutnya...Betapa indah Allah anugerahkan sesuatu yg kita tak dapat melakukannya dulu dengan cara tersendiri kini...

hrusli61 berkata...

In shaa Allah jika diberi peluang saya sanggup ambil cuti dan bantu IM bawa mak IM ke kelinik 24 Feb 2015 ini.

Bunda_nora berkata...

Kalau afa niat yang suci untuk ibu, pasti ada lorong yang akan dipermudahkan Nya nanti...InsyaAllah...