Selasa, 10 Februari 2015

Teh Puerh



Gembira bila akhirnya aku menerima sebungkus besar teh puerh dari Sheriffa Fahima melalui pos laju beberapa minggu lalu. Pemberian secara percuma daripada beliau (walaupun aku baru pertama kali mengenalinya hanya melalui fb) membuka ruang kepada alternatif baharu dalam usaha merawat komplikasi kesihatan ibu_suri.

Aku juga ingin berterima kasih kepada Cas Val, seorang revert yang telah memperkenalkan aku pada Sheriffa Fahima.

Pada yang tidak biasa dengan minuman ala-ala teh cina ini tentu berkata 'tak sedap', akan tetapi bagi mereka yang perlahan-lahan berkecimpung dalam dunia teh tanpa gula ini sudah pasti memperakui kebagusan teh seperti ini.

Maka stok ali tea yang selama ini menjadi kegemaranku saban pagi akan menjadi stok terakhir. Selepas ini aku akan menjadi penggemar teh tanpa gula seperti puerh.

Antara mereka yang sepatutnya mengamalkan teh puerh.... 

✏ Mereka yang ingin menurunkan berat badan atau berdiet
✏ Mereka yang ingin kekal sihat dan langsing
✏ Pengidap diabetes
✏ Pengidap darah tinggi/hypertensionn 
✏ Mereka yang ingin menurunkan kadar kolesterol dalam darah
✏ Mereka yang menhadapi masalah penghadaman/sembelit
✏ Mereka yang menghadapi masalah kencing tak lawas
✏ Wanita yang menghidapi senggugut dan haid tidak teratur
✏ Pengidap gout
✏ Mereka yang ingin menyingkirkan toksin dari badan (detox)


Muga ini dapat memberi harapan baharu buat ibu_suri... isteriku yang aku terima seadanya dia ke dalam hidupku!

6 ulasan:

iryantyismail berkata...

:-)) itulah yang sepatutnya im..terima sradanya ..buat dengan hati terbuka..jangan sesekali mengeluh..yan doakan ibu suri sembuh seperti sediakala amin

Kakcik Seroja berkata...

Boleh cuba ni....kakcik pun dah obes! huhuhu

Sham berkata...

Selamat mengeteh IM...hee3...
Sy pn mdoakan moga ibu suri dpt pulih seperti sediakala...

JR berkata...

Saya minum teh biasa saja - teh lipton tanpa gula bila tekak teringin nak minum yg ada sedikit rasa. Waktu2 lain saya lebih senang minum air kosong....

Ibu n Abah berkata...

Berminat juga akak
Sebab berat badan pun dah membimbangkan ni...
Nanti share hasilnya ya IM

Bunda_nora berkata...

Bunda jarang minum teh atau kopi ...sesekali tu langgah jugak kalau dah keluar makan...biasanya selain air kosong ada jugak bunda beli dan minum teh hijau...