Sahabatku blogger JH akan bertolak ke Tapah kemudiannya ke KL untuk tunaikan umrah.
Aku ke rumahnya sekitar 8 pagi tadi meraikan pemergiannya. Tak sangka, dia minta aku membacakan sedikit doa sempena pemergiannya. Aku yang tidak bersedia apa-apa berdoa pendek muga pergi dan baliknya selamat dengan umrah yang mabrur.
Dia kini dalam perjalanan menyahut seruan Tuhan sedangkan aku masih terkebil-kebil. Rezeki masing-masing memang bukan perancangan kita. Orang yang ada duit menimbun-nimbun belum tentu mampu pergi tapi orang yang kelihatan tidak ada apa-apa diberi jalan oleh Allah.
Sesudah bertolaknya dia, aku ajak ibu_suri untuk makan pagi saja. Hasrat nak pergi riadah aku batalkan sebab dah 9.30 pagi dengan cahaya matahari yang cukup tajam menikam bumi.
"Kita makan kat kedai yang kita pernah singgah dulu di Permatang Rawa, mau tak?" tanyaku.
Kali pertama aku singgah ialah tahun lepas. Teruja untuk singgah lagi. Nasi lemaknya memang sedap.
"Bukan saja nasi kandar beratur, nasi lemak pun kena beratur..." ujarku pada ibu_suri yang memang gemar dengan sambal kerang...
2 ulasan:
Semoga blogger JH dipermudahkan segala urusannya dan mendapat umrah yang mabrur. InsyaAllah...
Kakak saya juga pergi umrah kelmarin bersama anak-anaknya... Semoga urusan mereka dipermudahkan Allah...
Catat Ulasan