Halaman

Isnin, 14 September 2015

En Alwi Yang Aku Jumpa

Beberapa hari ini semangat aku memang merudum. Tak tahu kenapa. Tak kiralah samada semangat menulis, semangat beriadah, semangat ke masjid malah semangat untuk mengemas rumah juga.

Sewaktu singgah bersembahyang Asar di Masjid Taman Saadon sebelum ke rumah mertua semalam, terserempak dengan En Alwi; mantan manager bahagian akaun di tempat kerja aku dulu. Ceria dan sihat tampak di wajah. Senyumnya lebih manis dari dulu.

"Nampak berisi sikit sekarang ni, ya!" komennya terhadap aku. Aku hanya senyum... pahit juga.

"Jaga kesihatan ya..." ujarnya lagi kemudian berlalu.

Aku melangkah masuk ke ruang sembahyang mencari posisi yang dekat dengan kipas. Sambil dalam dada teringat akan jasanya semasa aku menjadi pengerusi surau. Dia selaku penasihat. Dia jugalah satu-satunya top management people yang selalu ambil berat tentang hal-hal surau.

Wajahnya yang tenang itu buat aku membanding-bandingkan dengan diriku. Alangkah indahnya jika di hujung kehidupan ini; kala tiada beban menjaga persekolahan anak; tiada beban kesihatan; tiada beban kewangan... kita bergembira dengan amalan, kerjabakti dan menggembirakan orang lain?

6 ulasan:

Kakcik Nur berkata...

Nasib manusia memang tak sama walaupun perjalanan akan berakhir di 'sana' juga...

Bunda_nora berkata...

Setuju dengan pendapat kakcik...

saniah ibrahim berkata...

Yalah IM,nasib kita berbeza ..
Kita melihat nasib oranglain lebih baik tapi kita tak dapat melihat disebalik kehidupn mereka yang sebenarnya.

Kakzakie berkata...

Apa pun IM belum tentu mereka yg kelihatannya selesa diluaran, selesa juga dalamannya. Selagi kita hidup tak banyak sikit tetap ada hal yg perlu ditangani..

iryanty ahamad berkata...

Bagi yan kehidupan kita semua sama je..ada suka dan duka..lumrah kehidupan...beza nya hanya keadaan dan jalan kehidupan itu sendiri bagaimana mahu kita corakkan..

Murni Alysa berkata...

Setiap insan mahukan kesempurnaan dan pengakhiran yang baik..tetapi kita hanya mampu merancang dan Allah yang menetukan segalanya..