Halaman

Khamis, 10 Mac 2016

Horrey...

Akhmal dah balik. 

Sepanjang jalan mengambilnya dari Jawi ke rumah, ibu_suri tak habis-habis bertanya dan beritahu itu ini. Aku lebih banyak diam.

Sampai di rumah, adalah lebih sikit dari sejam, dia cunggit keluar dengan motornya. Sebaik balik, ramailah kawan-kawan dia datang.

Hati ini terasa amat jauh...

Petang, sepucuk surat aku ambil dari peti surat. Dari peguam Gurmit Paramjit. Minta Akhmal hadir di Mahkamah Majestrit Butterworth; kes kemalangan motor tahun 2012.

6 bulan yang telah lalu, aku sedikit lapang sebab hanya perlu tumpu pada ibu_suri. Mulai hari ini aku terpaksa ada 2 fokus.

Sesekali bila terasa amat lelah, aku tidur di atas lantai berbantal lengan. Kekadang lelap kekadang lena ayam. Tak siapa tahu (mungkin ), cara aku membumi segala lelah dan resah di dada ini.

Jam dah hampir 1.30 pagi. Ntah kemanalah budak ni pergi...

9 ulasan:

Kakcik Nur berkata...

Aduhai Akhmal, berubahlah menjadi lebih baik...

Nor Azimah berkata...

Letih membaca rintihan IM ni.. ( jgn salah faham, maksud saya, saya pun terasa lelahnya hati IM tu )

Nor Azimah berkata...

Letih membaca rintihan IM ni.. ( jgn salah faham, maksud saya, saya pun terasa lelahnya hati IM tu )

Nor Azimah berkata...

Letih membaca rintihan IM ni.. ( jgn salah faham, maksud saya, saya pun terasa lelahnya hati IM tu )

hrusli61 berkata...

Alhamdulillah Akhmal telah balik. Semoga dia insaf dan berubah. Ambil konsep bermain dengan laying-laying. IM lebih arif kan?

saniah ibrahim berkata...

Berat mata memandang berat lagi IM yang menghadapi dan menangani dugaan ini.

Omong Mak Long..... berkata...

Sedih Mak Long baca tentang rintihan hati IM. Ya Allah berilah keinsafan pada anak IM agar ringan beban yang dipikul. Berat mata membaca, berat lagi dugaan yang dipikul.

Yaya Azura berkata...

Akhmal..baca rintihan ayah ni..
jadi anak yang baik..

Tanpa Nama berkata...

dah macam tak kenang budi pulak budak ni.
mungkin ada hikmahnya.