Halaman

Khamis, 26 Mei 2016

Tunggu Angin Reda


Kuat pula angin melanda sekitar rumahku malam ini. Gerun melihatkan bumbung porch kereta terangkat-angkat seperti mahu tercabut.

Segera aku azan di muka pintu. Terselit rasa malu kepada Tuhan. Bila dalam keadaan gawat begini baru teringat Dia. Sebaliknya bila keadaan tenang.

Jiran keliling kebanyakan sudah tidur. Suasana hening di sekeliling rumah. Cuma deru angin, desir pokok mempelam melintuk liuk, derap hujan jatuh ke bumbung dan gemuruh kilat sabung menyabung.

Nampaknya aku tidak ada pilihan lain selain memanggil tukang rumah untuk melihat keadaan bumbung rumahku ini segera.

Mengenangkan rumah yang tercabut bumbung akibat angin ribut seperti di Kedah dan Perlis, aku jadi resah.

Aku tidak rasa mahu tidur sebaliknya mahu tunggu hingga angin reda.

(baru terbaca, memang ada amaran oleh Jabatan Mateorologi, berlaku angin ribut tengah malam ini)


Lagu: Titisan Hujan - Jamal Abdillah : https://www.youtube.com/watch?v=3LydwhQlzcI

4 ulasan:

Kakcik Nur berkata...

Semoga Allah SWT melindungi kita dari amukan bencana...

mokjadeandell berkata...

Tengah malam semalam memang kuat angin dan hujan di Perlis. Seriau sunggoh.

Atie Yusof berkata...

mOga Allah menjauhkan dari segala kejadian yg tak di ingini.. seram juga bila teringatkan angin & ribut tu...

Bearcat berkata...

Angin kuat sungguh semalam. Kecut perut saya.