Halaman

Khamis, 19 Mei 2016

Belasungkawa - Al Manar



Semalaman ibu_suri tak boleh tidur. Semalaman juga Akhmal tidak tidur. Pagi ini cuaca agak redup dan hening. Harap-harap, mereka berdua akan lena panjang.

Dah lama aku tak menulis walaupun banyak peristiwa berlaku. Kekadang bila serabut pemikiran, minat mengarang jadi hambar.

Tadi aku mendapat emel dari blog Al Manar. Memberitahu bahawa blogger Al Manar baru sahaja pergi berjumpa Ilahi. Takziah buat keluarga Al Manar. Muga rohnya di cucuri rahmat Allah!

Al Manar adalah antara blog terawal yang pernah aku kunjungi atas nama admin blog ke2ku - SRI MERSING. Beliau pernah mengirim emel peribadi mahu berkenalan lebih rapat dengan aku. Cuma aku sahaja yang tak respon sebab ada rasa segan di hati. Dari penelitian aku, Al Manar bukanlah sembarangan orang. Aku terasa kerdil...

Sebenarnya, pada Januari 2016 lagi aku dah dapat khabar dia kurang sihat. Boleh baca catatan aku di sini.

Al Manar adalah blogger ke 2 selepas blogger Kasim Selamat yang lebih dulu menemui Rab. 

7 ulasan:

Atie Yusof berkata...

Sedihnya kan IM.. sorang lagi sahabat blogger pergi selamanya.. moga arwah tenang disana.. Al-Fatihah ..

Kakcik Nur berkata...

Innalillahhiwainnailaihirojiun...

saniah ibrahim berkata...

Semoga teman blogger IM ditempat kan dikalangan orang beriman .

Husna Rahman berkata...

Innalillahhiwainnailaihirojiun...takziah

Diana Rashid berkata...

Innalillahiwainailaihirajiun...

Moga di tempatkan besama orang2 yang beriman..

Sue Bee berkata...

Takziah pada keluarga blogger

Omong Mak Long..... berkata...

Innalillahiwainaillaihirajiuun..Al-Fatihah.

Beliau seorang insan yang berhemah tinggi. Ia seperti lilin membakar diri untuk menerangi hidup anak-anak bangsa yang keciciran kerana keadaan hidup anak bangsa di kampung yang serba kekurangan. Beliau telah banyak memberi tunjuk ajar kepada Mak Long sendiri selama berkenalan dalam blog. Pergi seorang yang tinggi budi dan guru.