Halaman

Ahad, 22 Mei 2016

Jauhnya Hanya Untuk Makan Tengahari



Tengahari tadi ibu_suri ajak aku makan tengahari di Tikam Batu, Sungai Petani. Angin aku pun baik hari ni jadi... tak banyak soal... jom saja.

Sejak awal pagi aku tak sangat layan dia di dalam bilik. Aku lebih banyak duduk di luar bilik. Kemas dapur, bersihkan ruang tamu sambil layan laptop. Maka nak menjaga emosinya aku rasa perlu ikut.

Dari masa Along sekolah lagi, ibu_suri suka sangat makan nasi paprik kat kedai makan tak jauh dari sekolah Along - Sek Men Al Islah. Kemudian yang terbaru, makan ABC di kedai seberang jalan, tak jauh dari situ. Sedangkan pada rasa lidah aku... sama jer dengan makanan di kedai lain kat BM.

Maka... nasi paprik + ABC... tersandar le jawapnya.

Habis makan, hujan turun teramat lebat beserta angin. Aku teringat yang negara India juga akan menerima hujan lebat setelah kemarau panjang tak lama lagi. India dan Sri Lanka sama jer. Kalau musim hujan, banjir mereka macam banjir kat Pahang baru ni.

Tak jadilah nak ke Hasani Book Store dan ke Kedai Fatimah Bakery seperti selalunya sebelum ini. Balik semula ke rumah meredah hujan. 

Inilah catatanku hari ni...hehe...

5 ulasan:

Murni Alysa berkata...

Murni sama mcm ibu suri..kadang2 teringin nak makan kat tempat lama yg duk besa p mkn dlu2..kalau husband nak bw p hati mesti berbunga2..hehehe

Bearcat berkata...

Kadang-kadang bukan sebab kesedapan makanan tetapi kita nak cari suasana yang agak berlainan sedikit dari kebiasaan hehe.

Atie Yusof berkata...

jauh jg tempat nak makan tu IM.. takpelah..sambil2 ambil angin..
dulu2 area SP sllu jg ronda, HASANI tmpt beli buku. lama dah tk kesana (ada kak angkat sana)..

Nor Azimah berkata...

Mkn kt luar sedap aje dgn suasana yg berbeza.

Nor Azimah berkata...

Mkn kt luar sedap aje dgn suasana yg berbeza.