Halaman

Rabu, 4 Mei 2016

Mak

Dapat tahu mak tak sihat. Tiba-tiba pening di dalam bilik air.

Hati tu, meronta-ronta nak balik tengok mak. Tapi 2 halangan ini... Marissa dan ibu_suri buat aku tak boleh bertindak tergesa-gesa. 

Semalam, Marissa ponteng ke tadika gara-gara tak ada siapa yang boleh ambil waktu balik sebab aku ke hospital bawa ibu_suri.

Selain itu, kalau aku balik juga, ibu_suri belum tentu mahu kalau  jenis rancangan terkejut tergempar ni.  Kalau aku berkeras juga, memang akan bermasaalah di sepanjang jalan pergi, di rumah mak dan di sepanjang jalan balik.

Berdoa sahajalah kepada Allah muga mak tetaplah sihat dan sejahtera. Harap, di hujung minggu ini, aku boleh balik walau sekejap.

Aku tahu, masa aku untuk masih bersama mak tinggal sedikit sahaja lagi dan tidak boleh dipersiakan...

14 ulasan:

Kamsiah Yusoff berkata...

Ya ALLAH..semoga tak melarat pening emak IM tu..

Diana Rashid berkata...

harap ada ruang dan peluang dalam masa terdekat untuk balik tengok mak..

Kakcik Nur berkata...

Semoga Allah SWT mempermudahkan segala urusan IM dan membuka jalan penyelesaian bagi segala masalah. Aamiin...

anyss berkata...

Assalamualaikum,
semoga dimudahkan semuanya

saniah ibrahim berkata...

Semoga urusan yang murni untuk ziarah mak akan dipermudahkan jalannya.

Ibu n Abah berkata...

Semuga ALLAH permudahkan urusan IM. Apapun Mak tetap keutamaan.

Nor Azimah berkata...

Utamakan mak, ingat pesan nabi...

Nor Azimah berkata...

Utamakan mak, ingat pesan nabi...

insan marhaen berkata...

nor azimah,
memang betul. itulah yang saya ingat tatkala menulis entri ini. namun saya lebih melihat kepada win-win situation...

kata orang tua: rambut tidak putus, tepung tidak tumpah!

Bearcat berkata...

Semoga mak IM cepat sembuh dan IM dpt segera menziarah mak. Jangan sia2kan masa yg ada....

makchaq berkata...

Semoga dipermudahkan urusan IM dan semoga mak IM kembali sembuh..

Bunda_nora berkata...

Semoga mak dah sembuh seperti sediakala...

Tanpa Nama berkata...

Suami saya selalu pesan..Cucu kita ada makbapak..biaq makbapa cucu yg jaga cucu kita..lg pun marissa baru sekolah tadika..tak salah kalu ponteng.

Ibu suri pulak ada la isteri...jgn baca segala kemungkinan yg bakal terjadi..kalau niat kita balik tgk mak kerana Allah..insyallah muga Allah permudahkan ragam ibu suri dlm perjalanan pergi dan balik menjenguk mak Im.

myliferia berkata...

Semoga Allah memberikan kesihatan buat mak dan IM sekeluarga dan semoga dipermudahkan jua segala urusan.