Halaman

Selasa, 31 Mei 2016

Persiapan Puasa

Rasa lega bila dah langsai hutang puasa. Sehari je pun...

Lepas ini nak plan apa yang perlu di selesaikan dan sediakan pula menjelang Ramadhan yang akan hadir tak lama lagi.

Selesaikan hal-hal seperti ambil stok baru ubat ibu_suri, servis kereta, hantar mertua check buah pinggang di hospital, followup pampasan kes kemalangan motor Akhmal, kemas rumah dan ...

Sediakan stok dapuran seperti telor, ikan masin, bawang cabai dan bla..bla.. untuk bersahur jika terdesak.

Aku asyik dok ingat Khamis ni mula berpuasa. Berkali-kali ibu_suri memperbetulkan kalendarku.

Kekadang terbit rasa jeles dengan kawan-kawan yang rata-rata hal rumah diurus oleh isteri. Mereka boleh saja beriftar sana sini, ke masjid on time sedangkan aku kena buat semuanya dari a ke z.

Lebih ketara bila akhir-akhir ini ibu_suri kian uzur lututnya menambah lagi kebergantungan kepada aku.

6 ulasan:

iryanty ismail berkata...

assalamualaikum im....apa khabar..lama tak baca coretan im...sabar ye im...ganjarannya besar menunggu disana..wallahualam

Kakcik Nur berkata...

Semoga Allah SWT mempermudahkan urusan kita semua dan meringankan apa yang kita rasa berat... Aamiin...:)

Nor Azimah berkata...

Semua orang ada ceritanya sendiri IM, semoga Allah menilai segala pengorbanan yg kita lakukan.

Kakzakie Purvit berkata...

Banyak tanggunjawab yg IM kena pikul dan perkongsian sekadar dapat diluah di blog. Kalau ada 'bahu' utk disandarkan kakak rasa ada sedikit kelegaan. Kuatlah IM kerana Allah amat mengetahui apa yg kita tak ketahui.

indai igat berkata...

Sabarlah uncle..percayalah..semangat uncle menyedarkan kebanyakkn kami pembaca blog ni.

indai igat berkata...

Sabarlah uncle..percayalah..semangat uncle menyedarkan kebanyakkn kami pembaca blog ni.