Jumaat, 3 Jun 2016

Semalam



Ini kali pertama aku diamanahkan untuk menjadi wakil keluarga ke majlis peminangan. Anak kepada adik perempuanku - Alimatun pertama kali bakal mendapat menantu.

Aku mengambil pendirian tidak mahu ada sikap tolak menolak dalam apapun permintaan yang baik dari orang lain yang memerlukan. Itu adalah hasil dari tarbiyah selama ini semasa berada dalam usrah.

Lagipun, aku sedar... aku sudah tua. Sudah sepatutnya mengambil aleh tugas orang-orang tua sebelum aku.

Pandai sangat... tidak. Pengalaman aku menjadi wakil menerima pinangan untuk adik perempuanku beberapa tahun lalu menjadi pengajaran dan panduan.

Bakal menantu adik aku tu orang Bota Kiri. Haa... itu tempat nostalgia aku smenjalani latihan dalam loji semasa menuntut di IKM. Ia menambah lagi keyakinan aku untuk 'berbalas pantun' dengan bakal besan Alimatun. Orang-orang di sana aku kira baik dan merendah diri.

Aku redah aje. Yang aku pastikan, perbincangan kelak mesti ada kepala (kata-kata aluan sebagai tetamu dan pengenalan keluarga), isi (hajat datang) serta ekor (merumuskan hasil perbincangan, kata-kata penutup seperti meminta maaf pada kekurangan, terima kasih dan doa).

Alhamdulillah, aku rasa semuanya berjalan lancar. Aku akui bahawa inilah sebenarnya budaya Melayu yang diakui lembut dan santun di dalam melaksanakan sesuatu urusan..

Ini baru anak saudaraku yang pertama. Ada berbelas-belas lagi yang sedang menunggu; yang rasanya selepas ini tak ada orang lainlah yang akan mewakili mereka dalam urusan pertunangan nanti...

Inilah kisahku sebenarnya.... semalam!

5 ulasan:

Bunda_nora berkata...

Alhamdulillah...

Nor Azimah Ali berkata...

Mmg rasanya tggjwb yg im kena pikul sbb im paling senior dlm semua ahli keluarga kan, semoga berkat majlisnya nnt.

Nor Azimah Ali berkata...

Mmg rasanya tggjwb yg im kena pikul sbb im paling senior dlm semua ahli keluarga kan, semoga berkat majlisnya nnt.

Unknown berkata...

Seronok tengok orang berbalas pantun semasa majlis peminangan. Sungguh indah adat Melayu =)

AtieYusof berkata...

Alhamdulillah majlis berjalan lancar.. tabik kt IM,boleh jg berbalas pantun ye..hihi :)