Sabtu, 14 Januari 2017

Dilema

Bimbang jika ibu_suri akan membuang air besar, aku belikan lampin lupus.Mujur ada kedai (mart) di hospital ini yang menjual serba serbi barangan keperluan pesakit dan penziarah.

Aku belikan juga waffle. Baunya yang wangi tatkala ianya dimasak oleh staf mart menerjah hidung dan menawan sanubari. Sedari pagi ibu_suri tak mahu makan kecuali minum sahaja. Alasannya itulah... akan susah nanti kalau terasa nak buang air besar. Dia tak boleh nak turun naik katil kerana badan yang besar dan berat memudaratkan. Harap-harap... waffle ini membuka seleranya.

Aku tak tahu bagaimana nak sarongkan lampin ini ke badan ibu_suri. Maklumlah, badan ibu_suri yang besar serta dia sendiri tak mampu nak memakai sendiri. 

Aku minta tolong misi. Aku agak mereka memang mahir lah. Suruh ibu_suri pusing kanan, pusing kiri...dah siap.

Kesian tengok ibu_suri, termengah-mengah menahan kepenatan. Pergerakan yang macam tu pun seperti baru tamat berlari 100 meter cungapnya.

Macam selalu juga, ibu_suri beriya pesan...jangan beritahu sesiapapun yang dia dimasukkan ke wad. Aku cuma angguk ya takada titik...

Menarik nafas panjang aku bila selesai urus ibu_suri, melambai tangan tanda mahu balik, menuruni lif lalu ke surau. Tiba-tiba sahaja aku berasa teramat syahdu, keterasingan dan sepi. Berasa ingin mendekatkan diri kepada Tuhan dan menyemak semula penjagaan kesihatan aku sendiri.

Aku teringat kepada abah dan adikku yang telah pun arwah. Kepada adikku Napi dan birasku Din yang tak sempat nak aku ziarahi di hospital.

Aku juga teringat pada kawan-kawan yang kini semakin jauh dari aku dek keadaan aku sendiri. Malah kekadang terasa jauh dari adik beradik dan saudara mara sendiri.

Di rumah... semasa aku menaip ini pun... aku terasa seperti mahu tinggalkan semua yang ada di sekelilingku dan bersendirian sahaja.

Agaknya,inilah dilema orang pencen, Atau mungkin seorang penganggur.

Padakalian yang membaca catatan aku ini mungkin merasakan boring dengan isi yang sama sahaja di setiap kali entri. Balik-balik cerita pasal ibu_suri.

Ya...kerana sejak dah tua dan tak bekerja ini... hampir 24 jam masa aku adalah berlegar dengan menjaga ibu_suri.

Oh ya... aku ada bina akaun facebook yang ke 2 dengan tujuan untuk berkongsi apa yang aku suka tentang lagu, album artis, puisi, hobi masa sekolah seperti menyimpan setem, lencana dan keychain, catatan blog atau kata kata mutiara.

Kalau sudi nak friend... boleh saja di sini

4 ulasan:

Kakcik Seroja berkata...

Semoga kesihatan ibu_suri akan bertambah baik.

Kakcik nampak akaun ke dua IM di facebook tapi tak berani nak 'tambah kenalan' sebab takut akaun palsu. Bila IM dah tulis macam tu, beranilah kakcik nak tambah...

Kamsiah yusoff berkata...

Ya Allah..semoga kesihatan ibu suri bertambah baik..saya yg membacanya pun turut terasa beban perasaan yg IM pikul..

Unknown berkata...

Semoga Ibu Suri lekas sembuh

Nor Azimah Ali berkata...

Ada masa senggang ni bolehla ke surau atau ke tmpt kawan2 jemaah.