Halaman

Khamis, 13 April 2017

Masanya Untuk Bekerja

Esok aku akan mula kerja. Ya... Kerja!

Dah lebih 2 tahun aku pencen dan menganggur, mau tak mau dah tiba masa untuk aku mencari uang demi kelansungan hidup jika ditakdirkan umur ada untuk seribu tahun lagi.

Macam mana aku akan hadapi suasana kerja dan suasana ibu_suri yang akan ditinggalkan seharian, aku pun tak pasti. Redah dulu. Yang tentunya, langkah pertama mesti dilakukan.

Sepatutnya aku terus bekerja sebaik saja pencen dari kerja lama tapi tidak begitu. Hinggalah bila aku melihat simpana mulai corot. barulah tergedik gedik cari kerja untuk tampung kehidupan.

Kira macam cerita Kasim Selamat dengan Sabariah lah aku ni...

Apapun, harap kalian bantu doakan aku agar mampu laksanakan tugas sebagaibketua keluarga dengan sebaiknya.

Dan ibu_suri yang akan tinggal seharian dan sendirian di rumah, aku serahkan kepada Allah dan ( bak kata Aiman Tino ), para malaikat untuk menjaganya.

10 ulasan:

Nor Azimah berkata...

Betul IM, sekurangnya sedikit pendedahan ke dunia luar bole membuka minda, takdelah asyik nk fikir hal isteri dan ank2 saje. Mgkn dgn kerja juga bole mengurangkan sedikit pergantungan ibu suri pada IM

Kakcik Nur berkata...

Semoga Allah SWT memberikan IM kekuatan dan dipermudahkanNya segala urusan.

Aamiin Ya Rabbal Alamiin.

saniah ibrahim berkata...

Senoga Allah permudahkan urusan IM dalam mencari rezeki.Urusan ibu suri mudah2an baik2 saja waktu ditinggalkan.

Bearcat berkata...

Selamat bekerja semula IM. Jaga diri. InsyaAllah semuanya akan baik-baik sahaja...

Mak idah berkata...

Semoga Allah permudahkan segala urusan

Murni Alysa berkata...

Semoga Allah permudahkan segala urusan IM..Aamiiin

munirah mansor berkata...

In shaa Allah ibu suri sentiasa di dalam jagaanNya

Warisan Petani berkata...

Hidup kena teruskan.
lakukanlah pilihan yang terbaik.

Uncle berkata...

InsyAllah semuanya ok..

makchaq berkata...

Semoga dipermudahkan urusan IM. Alhamdulillah ada rezeki nak kerja balik..