Halaman

Jumaat, 20 Oktober 2017

Bujal


adik-adikku dengan majallah BUJAL

Cuma inilah satu-satunya gambar yang aku ada untuk membuktikan semasa sekolah rendah (atau menengah rendah) dulu aku adalah peminat tegar majallah Bujal. Tiap-tiap bulan memenag tak pernah miss membeli. Karektor Bujal seolah-olah hidup dalam seharianku dengan baju belangnya, kenakalannya mengusik Wak Segan. Sama macam cucu aku sekarang ini dengan watak Upin Ipin, agaknya...

Dari sini jugalah aku mendapat ramai sahabat pena dari serata negeri hingga ada yang nak bercinta, nak bertukar nota pelajaran dan juga ziarah semasa Hari Raya.

Kira, sampai posmen pun pernah tanya... ni artis mana dapat surat banyak sangat ni? 

Terutama bila time Hari Raya, aku akan mendapat puluhan kad ucapan. Memang tak pernah mengecewakan. Dan aku sendiri disamping membalas kad Hari Raya sahabat pena, juga rajin menghantar kad Raya kepada saudara mara. Kira, setiap kali raya aku akan menghantar lebih 100 keping kad.

'Bahagianya' kalau sesekali teringat zaman remaja. Rasa mau terjun kembali ke era itu....

6 ulasan:

SmBotak berkata...

mujur saya sempat lalui zaman kad raya masa zaman sekolah dulu. pada saya kad raya ni saalah satu perkara yang boleh menambah keceriaan hari raya tu. dapat banyak, boleh buat deko tambahan kat dinding.

Etuza Etuza berkata...

Terringat zaman dulu terima banayk kad raya

saniah ibrahim berkata...

Saya pun peminat majalah Bujal dulu.Tapi tak selalu dpt membeli sbb tak punya duit sendiri.Biasa baca kat rumah jiran.Tapi watak Bujal tu saya ingat sangat.

makchaq berkata...

Makchaq pun suka baca majalah bujal, tapi tak la sampai langgan.. kalau ada duit lebih baru beli..

mario berkata...

rare gambar ni...

Zaleha Awaluddin berkata...

femes majalah bujal tu