Halaman

Selasa, 3 Oktober 2017

Hati Tak Berapa Sedap...


Insiden tempoh demam yang panjang sejak Jumaat 24hb hingga hari ini buat aku ambil keputusan untuk memulakan siri pemeriksaan kesihatan secara berkala di klinik. Sepatutnya bagi orang seumur aku yang 3 tahun sahaja lagi memasuki gerbang warga emas.

'First time saya ambil darah kat sini,' ujarku pada staf klinik yang sedang mengikat lenganku dengan tali getah.

Maksud yang aku nak beritahu sebenarnya ialah.... aku takut jarum!

Aku kalih muka kelain, menggenggam kemas tangan sambil memejam mata bila terasa hujung jarum keras menancap urat lengan. Erkkss...

Munggu depan aku dijadual jumpa doktor. Sementara nak jumpa itu aku diminta ambil bacaan tekanan darah 2 kali seminggu.

Bacaan yang aku ambil semalam ialah 145/85.

'Tinggilah tu...' ujar doktor bila aku beritahunya purata bacaan yang selalu aku dapati bila sesekali periksa.

Hati aku tak berapa sedap...

7 ulasan:

Kamsiah Yusoff berkata...

saya dah 3 kali amik darah kat spital
semua keputusan normal-jantung,buah pinggang,tekanan darah,bacaan gula,kolestrol
tp diri masih sakit2,tak boleh tido malam,kerap demam waktu senja..

insan marhaen berkata...

Harap, organ organ utama dalam badan saya pun berada dalam keadaan baik.

Abah saya pengidap kegagalan buah pinggang. Fobia juga tu...

Kakcik Nur berkata...

145/85 kiranya tak berapa tinggi. Kakcik pernah bacaan bawah melebihi 130. Menurut doktor, kalau bacaan bawah tinggi, ia melibatakan stress (tekanan) kepada organ dalaman. Jadi ia perlu dikawal agar tidak tinggi bacaannya. Bacaan sehingga 90 'masih boleh diterima' di usia kita. Wallahhuaklam.

insan marhaen berkata...

Yer ker?

Tengok nanti hasil keputusan analisis darah tadi. Harap harap ok saja.

Nampaknya kena start jaga pemakanan dan senaman...

saniah ibrahim berkata...

Ya IM kalau 85 bawah tu masih ok lagi tapi berjaga2 lah bab pemakanan.Kita dah tua2 ni memang mudah sangat penyakit datang ,nak sehat nak tak nak kena telan ubat juga.

Warisan Petani berkata...

Dari hasil ujian darah nanti boleh tenguk paras gula, kolesterol dan hati.
Perlu juga test urine dan jantung.
Pada umur 57 tahun ni perlu ambil berat soal2 kesihatan kita.
Harap2 semuanya ok

umi alya berkata...

Jika ikut ia tak begitu tinggi, masih boleh dikawal, ia berpandukan kepada usia seseorang..

Take care