Halaman

Khamis, 4 Januari 2018

Nasib Si Kerusi

Kali ini dapat 'projek' lagi besar dari sebelum sebelumnya...



Biasanya kalau pun ibu_suri tsk tahan lalu membuang di dalam kereta, hanya separuh. Separuh lagi sempatlah di tahan sampai ke rumah. Tapi tidak kali ini. Dua kali ibu_suri 'flush' di dalam kereta.

'Sori ya... I tak tahan. Pasai makan ubat tu la...'

Aku tak mahu cakap banyak-banyak. Terus memandu deras ke rumah dalam hujan lebat yang turun sejak awal petang.

Hujan lebat di luar namun 'lebat' lagi di dalam kereta.

Tak tahulah esok pergi kerja, macam mana baunya di dalam kereta.

Satu hari nanti kena tukar ke kerusi yang baru sahaja agaknya....

5 ulasan:

Etuza Etuza berkata...

Asalam...semoga sihat2.
Tak apa begitulah keadaan nya..sebegitu jg kita yang bernama manusia.
Selamat malam semoga tidur lena lepas ni

umi alya berkata...

Jika ada rezeki, IM pasang cover kerusi kalis air.

Terbaik IM, seorang suami yang penyabar, saya terharu.. Moga Ibu Suri sihat2 sahaja, aamiin..

Nor Azimah berkata...

Aah betul, pasang cover kalis air. Buat sementara sembur febreeze dulu

almthalia berkata...


شركة المثالية للتنظيف تسعد بتقديم خدماتها لعملائها بالمنطقة الشرقية خدمات تنظيف خدمات مكافحة حشرات خدمات تسليك مجاري المياه للمطابخ والحمامات جميع الخدمات المنزلية تجدونها مع شركة المثالية للتنظيف بافضل جودة وارخص الاسعار بالاعتماد علي كافة الادوات الحديثة والعمالة الماهرة

شركة المثالية للتنظيف
شركة المثالية للتنظيف بالدمام
شركة المثالية للتنظيف بالخبر

mamapp berkata...

Sabar byk2 ye.. dah x tahan nak buat macam mana.. cucilah yg mampu aje