Selasa, 26 Februari 2019

Dilema Pagi...

Pagi ini rasa badan tak bermaya. Sakit sana sini. Semangat juga pudar. Terasa letih memikul tanggungjawap yang panjang dan entah kapankah akan menghujung?

Sebulan ini memang aku tidak lansung menjaga makan dan minum. Main bedal saja. Alasan aku ialah dah puluhan tahun aku makan itu dan minum ini, memang susah nak kurangkan. Sama la macam penagih rokok tu!

Tapi aku akur bahawa aku perlu malah mesti menjaga kesihatan jika mahu hidup di muka bumi ini dengan kecergasan. Kesihatan bermula dengan menjaga makan dan pengambilan ubat yang berkala seperti nasihat doktor.

4hb Mac aku akan ada temujanji dengan doktor. Aku dapat bayangkan keluhan doktor bila melihat tahap kesihatanku. 

Minggu lepas baru saja jururawat 'sedut' satu picagari darah dari urat tangan aku ( entah kenapa istilah untuk ini ialah ambil darah ). Entah apalah nanti hasil keputusan makmal.

Aku masih teringat-ingat akan catatan sahabat Facebookku Roslan Darus ( yang juga ahli kumpulan nasyid CAHAYA HATI ) di sini:




Bolehkah aku mencuba formula beliau dengan berhenti meminum air yang manis sebaliknya minum air kosong sahaja? 

Dan bolehkah aku kurangkan makan makanan berminyak/berlemak sedangkan yang dijual di kedai makan rata-ratanya begitu?

Ahhh... Itu semua aku dah cuba amalkan dulu tapi hangat-hangat tahi ayam je. 

Adeh.... aku perlukan satu gelombang yang dapat merubah gayamakan dan memberikan kesedaran dan kekuatan untuk aku kembali menjaga kesihatan sepertimana masa aku mula-mula berhenti kerja dahulu.

Tiga elemen sepatutnya aku lakukan dalam hidup tua aku ini tapi masih gagal;

1. Jaga pemakanan
2. Jaga tidur
3. Makan ubat secara berkala
4. Senaman
5. Berat badan ( BMI ) yang ideal

Teringat kata-kata abah mertuaku:

'Bila dah tua ni, boleh makan, boleh tidur dah cukup. Yang lain kalau takada tak apa dah...'

Huuu... dilema betul. Sakit kepala pula rasanya, berdenyut-denyut di dahi...

6 ulasan:

Normala Saad berkata...

Betul tu bila kita dah tua tua ni boleh makan dan boleh tidur lena dah kira bersyukur tu.

Unknown berkata...

saya pun susah nak tinggal air manis bila dah termula minum.. Tapi bila sehari dah tinggal air manis, memang boleh tinggal terus..

ummu berkata...

assalamualaikum insan marhaen
saya pun baru keluar dari ward hospital Kangar..
saya sudah lama tak ke sini dan tak update blog saya kerana saya lupa password blog saya...Alhamdulillah tadi dapat buka email dan terdapat notification ulasan saudara di blog saya yang tak terpublish pada 2016 lalu.Insan Maren ada FB atau IG ke?

insan marhaen berkata...

FB: Abu Hanifah Amri

Warisan Petani berkata...

Dah tua2 ni banyak yang kita tak boleh makan untuk jaga kesihatan.

OKje berkata...

Ha a nak istiqomah tu mmg susah...kena kuat. Lagi lagi meninggalkan benda yg selalu kita suka.