Isnin, 3 Jun 2019

Hari Raya Ke 3

Hari ini aku masih bekerja. Esok barulah cuti. Bos dan staf lain tidak ada. Hanya aku sorang sahaja. Ibarat tikus ketiadaan kucing la. Hore hore aku sensorang walaupun adakalanya rasa gentar juga bila terdengar macam-macam bunyi di dalam bilik ni.

Semalam aku berbuka puasa dengan abah mertua di belah Penang. Kesian abah aku tu, tinggal seorang sahaja. Mak mertua dijaga oleh anaknya yang tinggal tak jauh dari rumah aku. Mak mertua dan uzur benar. Perlu ada yang ambil peduli.

Selalunya aku hanya membaca tentang anak-anak yang berkira sangat dalam menjaga mak dan abah sendiri. Namun, tahun ini situasi sebenar berlaku dalam keluarga mertuaku. Anak ada 9 orang termasuk anak angkat menjadi 10 orang. 

Bagi aku, biar macam mana ragamnya orang tua kita, jaga mereka tetaplah kena jaga. Dengan baik. Kalau boleh tanpa menggunakan bahasa mulut dan bahasa badan yang kasar.

Entahlah. Ini realiti akhir zaman. 

Aku pernah bercakap dengan ibu_suri dan berpesan kepada anak-anakku;

'Jika ditakdirkan ayah tua nanti dan uzur, jika kamu semua tak boleh menjaga ayah, bawa sahaja ke pusat jagaan orang-orang tua. Ayah no problem. Daripada terpaksa menyusahkan kamu.'

Maklumlah, anak aku cuma 2 orang. Seorang masih bujang duduk di KL. Yang kedua sudah berkahwin dan anak isteri yang ditanggung. Yang ketiga adalah anak angkat, yang walaupun umur sudah menjangkau 26 tahun akan tetapi bersikap seperti umur 16 tahun,  Aku tidak ada anak perempuan.

Cuma aku berharap semua itu tidak berlaku selama ibu_suri masih ada. Aku tidak mahu ibu_suri mengalami kesusahan dalam mengurus hidup semata kerana aku sudah terlalu uzur untuk menjaganya. 

Aku tahu tidak akan ada sesiapa yang mampu mengurus ibu_suri sepertimana yang aku buat sekarang. Malah selalunya pun, ibu_suri akan menunggu aku jika mahukan sesuatu. Ada orang lain ingin membantunya, dia menolak.

Berbuka puasa dengan abah untuk kali k 5, semalam

Syukurlah kerana di pihak keluargaku di kampung, adik-adikku amat bekerjasama dalam menjaga mak. Tidak pernah meninggikan suara terhadap mak; jauh sekali memperleceh akan dia.

Setahun sekali kami akan bermesyuarat adik beradik untuk berbincang apa-apa sahaja perkara tentang mak dan tentang anak-anak kepada adikku Niza yang kini yatim piatu.

Tahun ini insyaAllah, kami akan bermesyuarat pada Hari Raya ke 3.

Dan aku cuma akan balik pada Hari Raya ke 3 itulah...

9 ulasan:

Nor Azimah Ali berkata...

IM kena juga balik jenguk kt kampung tu w/p ada adik beradik lain yg jaga..dlm hati dia mesti tunggu juga semua anak2 menjenguk dia. Mcam saya ni mak ayah semua takde, balik jenguk mak sedara pun jadilah.

Umialya berkata...

Tahun ini kamipun beraya diperantauan, sib baik sebelum puasa sudah ketemu dgn adik beradik..

Itulah hakikatnya bila mak ayah masing2 dah tiada..lagipun hari raya ke 3 sudah bekerja

Raya ke 4.pula nak ke KLIA, anak bujang junior perlu balik ke destinasi.

Warisan Petani berkata...

Smoga dipermudahkan urusan seharian IM sekeluarga.

mamapp berkata...

Hore hore keje sorang ye alangkah bestnya.. mama pun selalu ckp dgn Syafi hantar umah org tua atau madrasah pun ok.. mama ni lagi la anak sorang

Irissha berkata...

singgah blogwalking sini..
selamat hari raya ^_^

iam.umifuzy berkata...

bila kita meningkat usia ni memang dok terfikir apa akan jadi pada diri...ada tak anak2 yang akan menjengah bila kita tinggal sendirian, bila kita pergi dahulu atau kalau suami pergi dahulu..semoga kita terus diberikan kesihatan yang baik utk menjaga diri dan tidak menyusahkan anak-anak kan

salam kenal dari www.umifuzy.com

Azka Kamil berkata...

kereen kak artikelnya, mampir2 ke blog saya juga yaa

AhmadiKatu berkata...

Semoga aku juga menjadi anak yang sentiasa berkhidmat kepada kedua orang tua ku.

Alexa berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.