Selasa, 7 Julai 2020

Mencuri Masa Untuk Damai

Sengaja aku lepak kat kedai kopi tepi Masjid Kubang Semang ini, port favourite aku. Curi masa selepas beli lauk makan tengahari tadi. Masa untuk damaikan hati yang penuh dengan pelbagai kecamuk yang aku sendiri  tak pasti.

Teringat kata kata anak saudaraku yang datang ziarah ibu_suri Ahad lalu: kalau kita tak pandai urus tekanan dalam diri kita boleh jadi iseng.

Betul sangat tu.

Cuaca baru lepas hujan agak mententeramkan. Aku tak peduli pelanggan lain yang bersembang di kiri kanan aku. Aku tenggelam dalam dunia aku sendiri.

Lama juga aku di sini. Tentu ibu_suri dah bangun dari tidurnya. Mesti nanti dia bising pada aku sebab keluar lama. Aku nanti buat pekak sahaja.

Seminggu dua ini dia asyik mengadu pening dan sakit bahu kiri.

Doakan aku tabah sahaja hadapi dugaan ini. Aku melayari hidup seperti tanpa semangat dan tidak nampak arah tujuan...

4 ulasan:

Warisan Petani berkata...

Semoga dipermudahkan urusan sehariannya

Kamsiah yusoff berkata...

Saya doakan agar IM cekal menempuh ujianNya

Wak Lat berkata...

masa PKP tuari ayahnda dpt apa2 bantuan prihatin dari kerajaan tak? terutama utk kes OKU bonda tuuuh

mamapp berkata...

Betul tindakan Tu org yg menjaga org sakit pun kena strong juga